omniture

Loji solar (244 MWp) Sol del Desierto Atlas Renewable Energy di Chile akan mengelakkan pelepasan CO2 yang bersamaan dengan 47 ribu kenderaan setiap tahun

Atlas Renewable Energy
2022-03-23 21:57 42

Loji solar tersebut yang telah beroperasi, terletak di komuniti María Elena, Wilayah Antofagasta, Chile dan dibina dengan teknologi dwimuka. Loji ini mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 244 MWp dan akan menyediakan tenaga bersih ke grid. Ia mempunyai perjanjian pembelian kuasa jangka panjang dengan Engie Energía Chile. Projek ini akan menyumbang kepada matlamat perancangan penyahkarbonan kerajaan Chile. 

SANTIAGO, Chile, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Atlas Renewable Energy menandakan suatu pencapaian baharu dalam perjalanannya ke arah pelaksanaan tenaga bersih di Chile, melalui operasi salah sebuah loji solar terbesar di negara ini. Sol del Desierto terletak di komuniti María Elena, Wilayah Antofagasta dan mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 244 MWp. Dengan 582,930 panel solar yang terletak di kawasan seluas 479 hektar, loji ini akan menjana 714 GWj setiap tahun. Projek solar ini merupakan bahagian yang penting dalam perancangan penyahkarbonan Kementerian Tenaga Chile yang bertujuan untuk menamatkan dan/atau menukar separuh daripada loji kuasa arang batu menjelang tahun 2025.

Atlas Renewable Energy’s 244MWp Sol del Desierto solar farm in Chile has begun operations
Atlas Renewable Energy’s 244MWp Sol del Desierto solar farm in Chile has begun operations

Projek tersebut yang telah pun memulakan operasinya, mempunyai perjanjian pembelian kuasa (PPA) solar jangka panjang antara Atlas Renewable Energy dengan Engie Energía Chile, yang bersetuju untuk membekalkan tenaga fotovolta solar sebanyak 550 GWj/tahun untuk tempoh selama 15 tahun. Penjanaan loji ini membolehkan bekalan tenaga bersih kepada 345,198 buah rumah.

Loji Sol del Desierto akan mengelakkan 368 ribu tan karbon dioksida yang bersamaan dengan membawa keluar lebih 47 ribu buah kenderaan daripada edaran setiap tahun. Taman solar ini juga menonjol kerana kecekapannya. Ia telah dibangunkan dengan teknologi dwimuka yang membolehkan tenaga diperoleh dari bahagian muka belakang dan hadapan bagi setiap modul solarnya.

Sebuah projek inovatif di peringkat antarabangsa 

Pengurus Besar syarikat ini di Chile, Alfredo Solar menjelaskan bahawa "di Atlas Renewable Energy, kami membangunkan projek kami dengan komitmen yang teguh terhadap alam sekitar, persekitaran dan keterangkuman. Itulah sebabnya loji Sol del Desierto menonjol bukan sahaja kerana sumbangannya terhadap tenaga bersih tetapi juga untuk penjagaan alam semula jadi, pemuliharaan tapak arkeologi dan yang paling penting kerana telah memberikan tumpuan khusus terhadap penyertaan tenaga kerja kaum wanita dalam pembinaannya".

Oleh itu, pembangunan loji ini memupuk program tanggungjawab sosial dan alam sekitar, terutamanya dalam mengetengahkan usaha Atlas dan para pekerjanya dengan komuniti Maria Elena, melalui pelbagai inisiatif yang bertujuan mempromosikan kepelbagaian, keterangkuman dan penyertaan tempatan dalam projek itu.

Salah satu projek yang paling cemerlang ialah program "We are part of the same energy" (Kita ialah sebahagian daripada tenaga yang sama) yang menyediakan latihan kemahiran teknikal dalam pemasangan modul solar dan elektrik kepada 66 orang wanita daripada kejiranan komuniti tersebut supaya mereka boleh mempunyai akses untuk memilih pekerjaan dalam pembinaan loji serta projek lain yang sedang dibangunkan di kawasan itu. Disebabkan oleh program ini yang turut disertai para kontraktor, pembinaan loji Sol del Desierto berjaya menambah 135 orang wanita dalam pelbagai pekerjaan operasi dan penyeliaan yang meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam pembinaan projek solar ini daripada 2% pada waktu dahulu menjadi 15%.

Selain itu, disebabkan komitmen syarikat ini terhadap alam sekitar serta perasaan hormat terhadap alam semula jadi dan komuniti, Atlas Renewable Energy telah membangunkan satu siri inisiatif untuk melindungi alam sekitar dan budaya tempatan. Salah satu daripadanya ialah rancangan untuk melindungi satu siri jejak jalan, denai dan landasan kereta api warisan yang digunakan semasa kebangkitan saltpeter di Chile. Di samping itu, 42 objek yang menjadi bukti kehidupan seharian pada era tersebut telah dikumpulkan, yang kini sedang dikaji di Santiago dan kemudiannya akan dipindahkan ke Muzium Sejarah Semula Jadi di Antofagasta. Seterusnya, sebuah program untuk menyelamat, menempatkan semula dan memantau biawak yang hidup berhampiran Sol del Desierto telah dilaksanakan. Program ini dilakukan dengan objektif untuk melindungi reptilia ini sebelum pembinaan loji tersebut bermula.

Rancangan pelaburan di Chile

Chile ialah salah sebuah negara yang menyaksikan pertumbuhan industri yang relevan diunjurkan pada tahun-tahun akan datang, disebabkan dasar penyahkarbonan yang diguna pakai oleh kerajaan serta permintaan yang semakin meningkat terhadap sumber bersih dan berkos rendah untuk bekalan pengguna swasta yang besar seperti industri perlombongan. Atlas Renewable Energy amat bergantung pada pasaran ini yang memberi tumpuan kepada teknologi seperti angin, solar dan penyimpanan.

Dalam masa hanya beberapa tahun, Atlas telah membangunkan projek di Chile dengan fokus yang jelas terhadap jangka panjang, dengan rakan kongsi komersialnya dan juga pada tahap bekalan kepada pelanggan yang dikawal selia. Syarikat tersebut memperoleh sejumlah 441 MW di negara ini dan 2,268 MW projek kontrak di rantau ini di seluruh Chile, Mexico, Brazil dan Uruguay yang menyumbang kepada peralihan tenaga Amerika Latin ke arah sumber-sumber yang lebih bersih. Syarikat ini menjangkakan akan terus mengukuhkan kehadirannya di negara-negara yang ia telah beroperasi serta berkembang ke rantau lain dengan projek tenaga inovatif dan lestari.

Tentang Atlas Renewable Energy 

Atlas Renewable Energy ialah sebuah syarikat penjanaan tenaga boleh baharu yang telah membangun, membiayai, membina dan mengendalikan projek tenaga boleh baharu secara kontrak jangka panjang di seluruh Amerika sejak awal tahun 2017. Atlas Renewable Energy mempunyai pasukan berpengalaman dengan rekod prestasi paling lama dalam industri tenaga solar di Amerika Latin. Syarikat ini diiktiraf atas piawaiannya yang tinggi dalam projek pembangunan, pembinaan dan operasi berskala besar.

Atlas Renewable Energy merupakan sebahagian daripada Energy Fund IV yang dibangunkan oleh Actis, pelabur ekuiti swasta terkemuka dalam sektor tenaga. Pertumbuhan Atlas Renewable Energy memberi tumpuan kepada pasaran yang paling stabil di rantau ini dengan menggunakan kepakarannya yang terbukti dalam pembangunan, pemasaran dan penstrukturan untuk mempercepatkan peralihan ke arah tenaga bersih. Melalui penglibatan yang aktif bersama komuniti dan pihak berkepentingan yang menjadi keutamaan strateginya, syarikat ini berusaha setiap hari untuk menyampaikan masa depan yang lebih bersih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Atlas Renewable Energy, sila layari www.atlasrenewableenergy.com

Hubungan: Dave Chambers / dchambers@headlandconsultancy.com / +44 (0) 75 5788 7405

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1770857/Atlas_Renewable_Energy_1.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Atlas Renewable Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues