omniture

BitKeep Swap, dompet pelbagai rantaian, mencapai 5 Juta Transaksi

BitKeep
2022-03-24 17:08 12

SINGAPURA, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- BitKeep - Dompet berbilang rantaian tidak berpusat terkemuka di Asia, dengan sukacitanya mengumumkan dompet berbilang rantaiannya telah mencapai lima juta jumlah transaksi. Jumlah transaksi pertukaran harian purata bagi pertukaran pelbagai rantaian BitKeep mencecah $20 juta manakala Metamask, dompet terkemuka yang berpangkalan di Ethereum telah mencecah jumlah tertinggi bernilai $40 juta.

Dengan ekosistem pelbagai rantaian blok seperti Ethereum, Solana, BNB Chain, Polkadot dan banyak lagi, BitKeep menyediakan lebih 45,000 aset kripto dan aplikasi tidak berpusat (Dapp kepada pengguna global, menjadikannya salah satu dompet pertukaran silang rantaian terbesar di dunia. Sepanjang enam bulan yang lalu, jumlah transaksi BitKeep telah meningkat sebanyak 50 kali ganda, dengan lebih 150,000 pengguna aktif harian dan 450,000 pengguna aktif bulanan. Pada suku pertama tahun 2022, BitKeep telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 31% dari segi pertumbuhan pengguna.

"Kami percaya masa depan rantaian blok sangat bergantung pada protokol asasnya. Adalah penting untuk menyediakan orang ramai dengan akses kepada ekosistem ini di mana beribu-ribu projek tidak berpusat yang baru muncul dilahirkan," kata Kevin Como, Ketua Pegawai Eksekutif BitKeep.

"Permintaan untuk perkhidmatan silang dan pelbagai rantaian semakin meningkat dan kami berada di sini untuk menyampaikan laluan yang selamat dan terkawal untuk mengakses perkhidmatan ini," tambah beliau.

Pada awal bulan ini, BitKeep melancarkan platform versi 7.0 serba baharu, membawa tawaran perkhidmatan UI dan dipertingkatkan yang baharu. Selain itu, lapisan keselamatan tambahan dengan langkah-langkah baharu telah diperkenalkan. Ciri-ciri baharu termasuk Pasaran NFT dan pilihan Airdrop juga ditambah untuk membawa pengalaman pengguna yang lebih komprehensif dan memuaskan kepada para penggunanya.

Tentang BitKeep

BitKeep, dompet mata wang kripto terbaik di Asia, menggabungkan Dompet, BKSwap, Dapp, NFT, Discord bersama-sama, bertujuan untuk menjadi kemasukan tidak berpusat yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada bulan Mei 2018, BitKeep telah menyediakan perkhidmatan pengurusan aset digital yang boleh dipercayai untuk lebih 5 juta pengguna yang merentasi 168 buah negara. BitKeep telah mencapai perkongsian strategik yang mantap dengan 40 rantaian awam Terbaik seperti Poligon, Solana, BSC, ETH, DASH, OEC, TRON, Fantom, Wax, IOST, AVAX, ZkSync, Terra (Luna) dan lain-lain serta menjadi dompet yang disyorkan secara rasmi. Dengan lebih 40 rantaian utama, lebih 10,000 DAPP dan lebih 4,5000 aset kripto, BitKeep komited untuk mewujudkan kemasukan terbesar di dunia ke dalam platform yang tidak berpusat.

Laman web: https://bitkeep.com/

Source: BitKeep
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Feature News Releases Blockchain Financial Technology