omniture

LOLC Finance memenangi dua anugerah pada edisi ke-9 Global Brands Magazine Awards

Global Brands Publications Limited
2022-03-30 20:19 14

LOLC Finance telah memenangi anugerah 'Jenama Perkhidmatan Kewangan Paling Dipercayai' dan 'Jenama Perkhidmatan Kewangan Paling Inovatif' di Sri Lanka untuk tahun 2021. Majlis ini akan danjurkan di Palm Jumeirah – Waldorf Astoria pada tahun 2022 di Dubai. 

LONDON, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Global Brand Awards merupakan sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Global Brands Magazine. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf jenama yang mencapai kecemerlangan prestasi di pelbagai sektor. LOLC Finance telah dinilai berdasarkan perkhidmatan pelanggan, kepuasan, inovasi digital, kerjasama strategik dan pembangunan perniagaan baharu.

Mengulas tentang kemenangan  LOLC Finance  bagi anugerah tersebut, ShivKumar (Ketua Pegawai Eksekutif) Global Brands Magazine berkata, "Hanya beberapa jenama yang boleh berjaya seperti LOLC. Walaupun berlaku pandemik, LOLC telah berusaha menangani semua cabaran dan tetap memenuhi keperluan para pelanggannya."  

Conrad Dias, Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif LOLC Finance PLC menyatakan, "Walaupun berlakunya pandemik global yang teruk, kami benar-benar berbesar hati kerana menjadi pemenang yang bukan hanya satu tetapi dua anugerah utama. Pada peringkat ini dalam perniagaan, pengiktirafan tersebut jelas menandakan konsistensi dan inovasi penyelesaian kewangan kami yang dipercayai yang bermula sejak beberapa dekad yang lalu yang menyasarkan masa depan yang cemerlang. Kami akan mengukuhkan pergantungan dan keyakinan para pelanggan kami yang dihormati serta kakitangan yang setia. Kedua-dua anugerah ini akan menjadi simbol kecemerlangan dalam sektor Institusi Kewangan Bukan Bank di Sri Lanka dan akan terus memastikan peningkatan keadaan ekonomi yang inklusif di negara ini".

Tentang LOLC Finance 

LOLC Finance PLC ialah sebuah syarikat kewangan berlesen utama di Sri Lanka dengan identitinya yang unik. Sebagai salah sebuah entiti utama LOLC Group, syarikat ini kekal memberi tumpuan bagi merapatkan jurang antara aspirasi dengan pencapaian.

LOLC Finance PLC ialah Institusi Kewangan Bukan Perbankan terbesar dengan pangkalan Deposit Tetap dan Deposit Simpanan terbesar di kalangan Syarikat Kewangan Berdaftar. LOLC Finance telah menyesuaikan penyelesaian kewangan dengan teliti kepada pangkalan pelanggan yang pelbagai yang terdiri daripada usahawan peringkat akar umbi hinggalah organisasi multinasional dan percaya dalam menyampaikan produk yang meningkatkan kehidupan, menjadikan impian sebagai kenyataan, memenuhi aspirasi yang telah lama dipegang dan memperkasakan komuniti kami.

Lihat ucapan tahniah di media sosial kami dengan mengklik pautan di bawah:
Facebook: https://bit.ly/3tMCQCn 
Linkedin: https://bit.ly/3tKR9rc 
Twitter: https://bit.ly/3K1oKCE 
Instagram: https://bit.ly/35oT0bS 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1770076/GBM_2021_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Global Brands Publications Limited
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Entertainment Awards