omniture

Huawei Cloud Teruskan Pertumbuhan Pesat dan Majukan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan

HUAWEI CLOUD
2022-05-02 15:21 146

SHENZHEN, China, 2 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei pada 27 April, Huawei Cloud menyampaikan sesi "Menyelami Digital dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan", memperkenalkan kemajuan perniagaan tahun 2021nya dan mengumumkan rancangan untuk meningkatkan pelaburan dalam Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan.

Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Penjualan Global Huawei Cloud
Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Penjualan Global Huawei Cloud

Huawei Cloud mengumumkan pencapaian inovasi dan rancangan perkhidmatannya di HAS 2022. Berikut merupakan beberapa sorotan utama:

1 Strategi 

Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Penjualan Global Huawei Cloud berkata bahawa pada tahun 2021, Huawei Cloud mengekalkan pertumbuhan yang pesat dan kejayaan berterusan, dengan 59% lebih ramai pelanggan utama, 33% lebih banyak ARPU dan 105% peningkatan dari segi jumlah transaksi Pasaran. Bagi tahun 2022, Huawei Cloud akan memperkukuh strategi "Menyelami Digital dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan": Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan untuk kebolehcapaian global, Teknologi sebagai satu Perkhidmatan untuk inovasi mudah, Kepakaran sebagai satu Perkhidmatan untuk kecemerlangan bersama.

2 Trek 

Huawei Cloud melakar kejayaan berterusan dalam sektor Internet dan perusahaan. Inovasi teknologinya dan kolaborasi awan-awan menawarkan perkhidmatan kepada 80% syarikat Internet 50 terbaik China, membantu mereka mencapai pertumbuhan yang berkualiti tinggi. Sinergi antara Huawei Cloud dan Huawei Cloud Stack mewujudkan ekosistem berbilang awan untuk organisasi kerajaan dan perusahaan, lalu memenuhi keperluan fasa penghijrahan awan yang berbeza. Huawei Cloud menawarkan perkhidmatan kepada lebih 600 awan e-kerajaan, 6 bank utama, kesemua 12 bank perdagangan saham-bersama dan 5 institusi insurans terkemuka di China serta lebih 30 lapangan terbang pintar.

3 Resolusi 

Pada tahun 2021, Huawei Cloud mencadangkan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan. Pada tahun 2022, Huawei Cloud akan membawa strategi ini ke peringkat baharu.

Bagi Kepakaran sebagai satu Perkhidmatan, Huawei Cloud menyarikan pengalaman luas dalam inovasi bersama dan transformasi digital ke dalam MacroVerse aPaaS bagi menyesuaikan inovasi kepada senario. Huawei Cloud merujuk kepada tiga masalah utama dalam penghijrahan awan: kekurangan kesediaan, metodologi dan kebolehgunaan, menyediakan perancangan infrastruktur awan, peralihan ke awan (cloudification) aplikasi, pengupayaan data dan transformasi digital bagi membantu perusahaan menempuh perjalanan awan yang mudah, lancar dan berkesan.

4 Saluran 

Dari segi Teknologi sebagai satu Perkhidmatan, Huawei Cloud membina MetaStudio untuk kandungan digital, ModelArts MLOps untuk pembangunan AI, DevCloud untuk pembangunan perisian dan satu saluran untuk tadbir urus data, mengupayakan SaaS untuk industri-industri mencipta nilai yang lebih besar di awan.

Lingkaran 50 ms

Bagi Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan, Huawei Cloud menyediakan KooVerse. Huawei Cloud dan rakan kongsi mengendalikan 65 zon ketersediaan di 27 wilayah geografi, meliputi lebih daripada 170 negara dan wilayah. Huawei Cloud akan menempatkan pusat-pusat data global di 7 wilayah dan 42 negara utama dan membina nod POP baharu, meningkatkan prestasi akses rangkaian setiap kawasan perkhidmatan dan mencipta liputan awan yang menikmati hanya 50 ms kependaman.

Di samping itu, Huawei Cloud akan meningkatkan pelaburan dalam pasaran industri dan memperkukuh inovasi perkhidmatan dalam bidang seperti kolaborasi awan-awan, Go-Global dan Internet perindustrian, menyediakan pelanggan dengan teknologi dan perkhidmatan yang lebih baik bagi membantu mereka meluaskan ruang perniagaan.

Memandang ke hadapan, Huawei Cloud akan terus berinovasi dan bekerjasama dengan pelanggan, rakan kongsi dan pembangun bagi mencapai potensi "Menyelami digital dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan", membina asas awan untuk dunia yang pintar.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications