omniture

GSMA Umumkan Penemuan Awal Kaji Selidik Penggunaan Wang Mudah alih 2013

GSMA
2013-10-15 21:00 136

- Laporan Menunjukkan Perkembangan Baik yang Berterusan dalam Penggunaan Wang Mudah alih dalam Landskap dengan Daya Saing yang Kian Meningkat

LONDON, 15 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengemukakan penemuan awal bagi Kaji Selidik Penggunaan Wang Mudah Alih 2013. Laporan itu menekankan peranan kritikal pengendali mudah alih dan pengendali rangkaian mudah alih (MNOs) dalam memacu penggunaan perkhidmatan kewangan yang mudah dan mampu milik dalam kalangan individu yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak menggunakan perkhidmatan perbankan di seluruh dunia. Menurut kaji selidik itu, terdapat 208 khidmat wang mudah alih langsung yang telah digunakan bagi individu tanpa akaun bank di 83 negara, berbanding penemuan pada bulan Januari lalu dengan 178 khidmat di 74 negara, dan tambahan sebanyak 117 penggunaan khidmat yang dirancang dalam bulan-bulan yang mendatang ini.

"Keputusan kajian yang tidak diduga dan sangat menggalakkan itu menunjukkan perkhidmatan wang mudah alih semakin mencapai skalanya dan menjadi semakin penting dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah dan mampu milik kepada golongan yang kurang berkemampuan," kata Chris Locke, Pengarah Urusan, GSMA Mudah Alih bagi Pembangunan. "Kaji selidik ini turut memperlihatkan gambaran yang penting dalam industri wang mudah alih pada masa kini dan juga memberikan bagi penyedia perkhidmatan wang mudah alih sumber data penting sebagai penanda aras. Melalui program Mobile Money for the Unbanked kami, GSMA amat komited untuk mewujudkan penggunaan perkhidmatan wang mudah alih secara meluas dengan mengenal pasti dan berkongsi amalan pengendalian terbaik, serta bekerjasama dengan para pengendali bagi mewujudkan perkhidmatan wang mudah alih yang mudah dikendalikan dan berdaya maju secara komersil untuk membolehkan rangkuman kewangan yang lebih besar."

Seperkara yang jelas berkaitan kajian ini ialah landskap yang semakin berdaya saing bagi perkhidmatan wang mudah alih. Di peringkat global, perkhidmatan wang mudah alih telah dilancarkan di sembilan pasaran pada tahun 2013 dan kebanyakan pelancarannya adalah dalam pasaran yang sudah pun menempatkan perkhidmatan wang mudah alih. Kini, terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih perkhidmatan wang mudah alih yang boleh didapati di 51 pasaran, ​​berbanding 40 pasaran pada akhir tahun 2012 dan 33 pasaran pada akhir tahun 2011. Selain itu, daripada 24 pasaran ini, masing-masing mempunyai tiga atau lebih perkhidmatan wang mudah alih yang menawarkan pilihan yang lebih hebat kepada pengguna. Wang mudah alih kini menjadi perkhidmatan utama dan bukannya pembeza bagi MNO; ini benar sekali di Afrika Sub-Sahara, yang mempunyai 53 peratus daripada semua perkhidmatan wang mudah alih secara langsung dan menempatkan perkhidmatan tersebut di 36 daripada 47 negara di rantau ini.

Kaji Selidik Penggunaan tersebut memberikan wawasan bagi pembangunan perkhidmatan wang mudah alih secara global dan memperlihatkan dengan lebih jelas bagaimana wang mudah alih membolehkan rangkuman kewangan bagi individu tanpa akaun bank dan juga individu yang tidak menggunakan perkhidmatan perbankan. Hasil kajian menunjukkan penggunaan perkhidmatan wang mudah alih oleh para pelanggan semakin meningkat dan jumlah peningkatan perkhidmatan ini telah mencapai skalanya. GSMA telah mengenal pasti tiga perkhidmatan wang mudah alih yang setiap satunya melebihi 1 juta pengguna aktif antara Jun 2012 dengan Jun 2013 manakala di peringkat global, terdapat sekurang-kurangnya sembilan perkhidmatan yang kini mempunyai lebih 1 juta pengguna aktif.

Keputusan penuh daripada Kaji Selidik Penggunaan Wang Mudah Alih 2013 akan diterbitkan di Kongres Dunia Mudah Alih GSMA 2014 di Barcelona. Bagi maklumat lanjut tentang program Mobile Money for the Unbanked GSMA, sila layari www.gsma.com/mmu.

Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. GSMA merangkumi lebih 220 negara, menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih di dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

 

 

 

 

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Survey, Polls & Research