omniture

Laporan baharu tekankan teknologi kunci memerangi pandemik masa depan

CSIRO
2022-08-31 04:10 214

MELBOURNE, Australia, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- CSIRO, agensi sains kebangsaan Australia telah menggariskan sains dan teknologi yang dapat membantu meningkatkan kebingkasan untuk pandemik masa depan, mengurangkan impak ekonominya dan melindungi masyarakat.

Laporan Pengukuhan Persediaan Pandemik Australia (Strengthening Australia's Pandemic Preparedness) memberi 20 cadangan yang dapat menyokong rantau Indo-Pasifik dengan mengurangkan impak pandemik sekali gus meningkatkan hasil ekonomi, sosial dan kesihatan.

Laporan berkenaan menunjukkan sejauh mana sistem kesihatan yang lebih cekap dan didayakan oleh teknologi dapat bertindak sebagai sistem amaran awal penyakit berjangkit, membolehkan rawatan baharu dibangunkan dan digunakan dengan cepat, membolehkan pesakit didiagnosis dan dirawat dengan lebih awal, menjamin keselamatan bekalan vaksin kita dan membuat keputusan bermaklumat yang lebih baik.

Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan lebih daripada sejuta kematian di Asia Tenggara dan Pasifik Barat.

Ketua Eksekutif CSIRO Dr Larry Marshall berkata CSIRO komited untuk mengukuhkan kebingkasan rantau Indo-Pasifik terhadap penyakit berjangkit.

"Memandangkan penyakit berjangkit terus berkembang dari segi kekerapan dan impak, sains dapat mempersiapkan kita untuk apa yang menjelang tiba serta memacu pemulihan dan kebingkasan kita untuk melindungi rakyat kita dan menjamin kemakmuran masa depan kita."

Enam bidang sains dan teknologi penting yang dikenal pasti ialah:

  1. Keupayaan praklinikal untuk vaksin, terapeutik dan diagnostik yang mengupayakan pembangunan lebih pantas
  2. Pembuatan vaksin di darat dalam pelbagai teknologi vaksin, memastikan bekalan vaksin
  3. Penggunaan semula terapeutik dan antivirus baharu 
  4. Titik jagaan diagnostik untuk pengenalpastian kes
  5. Analisis genomik patogen dan variannya
  6. Perkongsian data untuk memaklumkan strategi tindak balas

Laporan tersebut mencadangkan untuk menumpukan kajian kepada lima famili virus yang berkemungkinan menyebabkan pandemik masa depan: Coronaviridae (cth., COVID), Flaviviridae (cth., Denggi), Orthomyxoviridae (cth., Influenza), Paramyxoviridae (cth., Nipah) dan Togaviridae (cth., demam Chikungunya).

Semasa menghasilkan laporan tersebut, CSIRO telah merujuk 146 pakar daripada 66 organisasi dalam sektor kerajaan, industri dan penyelidikan. Mereka menunjukkan cara-cara yang mana sains dan teknologi dapat melengkapkan strategi jangka pendek yang berkesan seperti sekatan pergerakan dan penutupan sempadan dan dalam masa yang sama mengurangkan kos sosial, kesihatan dan ekonomi mereka yang signifikan.

"Sains dan teknologi yang diketengahkan dalam laporan ini menunjukkan cara-cara inovatif untuk meningkatkan kebingkasan," kata Dr Michelle Baker daripada CSIRO. "CSIRO memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan, industri dan sektor penyelidikan bagi melindungi rantau Indo-Pasifik dan memastikan ia bersedia mendepani pandemik masa depan."

 

Source: CSIRO
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)