omniture

BVLGARI perkenal "BVLGARI World", dunia maya dilancarkan dengan kerjasama ZEPETO

BVLGARI
2022-09-02 12:25 186

SEOUL, Korea Selatan, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Jenama mewah Itali BVLGARI akan membuka dunia maya yang eksklusif di ZEPETO, platform metaverse yang terbesar di Asia. Berlangsung mulai 31 Ogos 2022, ia akan merangkumi kedai sementara "BVLGARI SUNSET IN JEJU" dan menyediakan pengalaman dalam talian dan luar talian kepada pengunjung.

BVLGARI unveils "BVLGARI World", a virtual world launched in collaboration with ZEPETO.
BVLGARI unveils "BVLGARI World", a virtual world launched in collaboration with ZEPETO.

Kedai sementara dan sebuah kafe, terletak secara fizikal di Parnas Hotel Jeju dicipta secara maya dalam BVLGARI ZEPETO World agar pengunjung dapat mengalami dan berseronok tanpa melawat lokasi sebenar. BVLGARI ZEPETO World mempamerkan 2022 BVLGARI Resort Collection yang diinspirasikan oleh langit musim panas dengan warna-warna emas serta aprikot hangat di Eden dan pengunjung juga boleh menikmati pencuci mulut dan minuman di "BVLGARI SUNSET IN JEJU", lambang identiti jenama ini.

Khususnya, dunia maya telah menambah beberapa elemen yang menyeronokkan untuk penggunanya. Sebagai contoh, apabila pengunjung melengkapkan pencarian, mereka akan menerima BVLGARI Resort Collection dan barangan aksesori khas serta memakaikan pakaian untuk avatar mereka. Pengguna boleh mengalami jenama ini dengan memakaikan kepada avatar mereka pakaian koleksi B.zero1, Divas' Dream dan Serpenti yang ikonik.

Di samping itu, Blackpink Lisa, duta global jenama ini, akan mengehoskan acara secara langsung maya pada 31 Ogos yang telahpun mendapat perhatian ramai. Avatar beliau akan menikmati pelbagai pengalaman yang interaktif bersama peminat di dunia BVLGARI maya termasuk mengambil swafoto.

ZEPETO, platform metaverse yang dikendalikan oleh Naver Z, mempunyai lebih daripada 320 juta pengguna di dunia sejak pelancarannya dalam bulan Ogos 2018. 80% pengguna adalah remaja, justeru itu, platform ini mengukuhkan kedudukannya sebagai arena main yang popular untuk generasi Z global dalam era metaverse.  

BVLGARI 

BVLGARI, ditubuhkan di Rome pada tahun 1884, ialah jenama mewah Itali kontemporari dengan warisan selama 138 tahun. Reka bentuk moden dan berani daripada jenama ini serta ketukangan yang halus telah memberi kemasyhuran dan populariti global kepada jenama ini. BVLGARI begitu terkenal dengan reka bentuk berani yang ikonik dan penggunaan kombinasi warna yang menjadikan hasil ciptaannya bersifat tersendiri dan memperlihatkan keindahan abadi. BVLGARI berada di barisan hadapan bagi inovasi reka bentuk dan gayanya ditakrifkan oleh bentuk yang mewah, garisan berliku-liku dan inspirasi daripada seni serta seni bina Rom Purba dan Yunani. BVLGARI memiliki portfolio produk dan perkhidmatan yang luas bermula daripada permata dan jam tangan berkualiti tinggi kepada aksesori, minyak wangi dan hotel. Jenama ini menjual di butik-butik di jalan membeli-belah mewah dan jaringan kedai serta hotel yang eksklusif di serata dunia.

Hubungan Media
Iris.son@naverz-corp.com

Source: BVLGARI
Related Stocks:
EuronextParis:MC Korea:035420 OTC:LVMUY
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Multimedia/Online/Internet Retail