omniture

NUS Business School lancar Sarjana Sains dalam Analisis Strategik dan Inovasi baharu untuk siswazah prapengalaman

NUS Business School
2022-09-09 20:37 56

SINGAPURA, 9 September 2022 /PRNewswire/ -- Para siswazah prapengalaman boleh mendapat manfaat daripada program Sarjana baharu yang akan melengkapkan diri mereka dengan strategi mampan dan juga kemahiran inovasi bagi memacu prestasi firma. Program Sarjana Sains dalam Analisis Strategik dan Inovasi (MSI) baharu Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS) akan memupuk bakat muda demi kerjaya masa depan dalam bidang pengurusan, perundingan, keusahawanan dan banyak lagi.

Program ini menekankan keterlibatan para pelajar dalam tema-tema utama dalam perniagaan iaitu inovasi,  pelakaran dan pelaksanaan strategi. Para pelajar juga akan dapat membangunkan kemahiran dalam analisis data-bermaklumat, membangunkan kepekaan terhadap keperluan pihak berkepentingan dan bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah yang mencabar. Di samping itu, program ini memupuk sudut pandangan  operasi perniagaan yang lebih luas dan menyeluruh, sebagai pemacu penting terhadap prestasi firma serta perkaitannya.

Permohonan untuk program sepenuh masa selama setahun ini akan bermula pada 1 Oktober 2022. Kohort sulung yang terdiri daripada kira-kira 35 orang pelajar akan memulakan kelas pada bulan Ogos 2023.

Profesor Madya Nitin Pangarkar, Pengarah Akademik program MSI NUS berkata, "Dalam dunia yang semakin dipacu oleh data, pemimpin perniagaan, pengurus dan usahawan perlu memanfaatkan banyak data yang dimiliki oleh organisasi-organisasi pada hari ini untuk membuat keputusan, merangka strategi pertumbuhan dan memacu inovasi. Program MSI NUS kami akan memberi ilmu pengetahuan kepada para eksekutif untuk mengintegrasikan inovasi ke dalam strategi perniagaan untuk mentransformasikan perniagaan mereka dan kekal relevan."

Dalam satu tinjauan McKinsey pada tahun 2020 dengan lebih daripada 200 organisasi merentas industri, hanya 21 peratus eksekutif berkata mereka mempunyai kepakaran, sumber dan komitmen untuk meneruskan pertumbuhan baharu dengan jayanya.

"Banyak industri yang telah lama wujud seperti perbankan, penerbitan dan peruncitan berasaskan bangunan fizikal mengalami perubahan oleh teknologi dan mengubah kehendak pengguna. Pemilik perniagaan harus pandai menyesuaikan diri dan berfikiran terbuka terhadap peluang untuk mengalami perubahan dan pertumbuhan agar mereka tidak ketinggalan. Para siswazah pra-pengalaman, atau siswazah yang mempunyai sedikit atau tiada pengalaman, mempunyai peluang yang besar untuk memperoleh ilmu pengetahuan tentang rangka kerja yang penting dan alat analisis untuk strategi dan inovasi, seterusnya menjadi pengurus dan usahawan yang lebih baik. Program MSI NUS kami akan memberi rangsangan kepada mereka dalam kemahiran yang diperlukan untuk inovasi teknologi dan perniagaan, meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pelbagai peranan dan industri," tambah Prof Madya Pangarkar.

Profesor Terhormat Andrew Rose, Dekan Sekolah Perniagaan NUS berkata, "Asia sedang mengalami perubahan pesat, tetapi terdapat juga peluang pertumbuhan yang amat besar. Pendidikan yang teliti di Sekolah Perniagaan NUS dapat membantu pelajar mengharungi gelombang perubahan dan mencetuskan impak, bukan sahaja di Asia, malah di luarnya. Selain daripada belajar daripada ahli-ahli fakulti kami yang terbaik, para pelajar juga mendapat manfaat daripada kehidupan pelajar yang bersemangat, perkongsian industri kami dan bimbingan daripada jaringan alumni kami yang luas. Ia akan menjadi satu perjalanan yang transformatif buat mereka."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mscstrategy.nus.edu.sg atau berhubung dengan pasukan tersebut di sesi maklumat akan datang pada 29 Oktober 2022.

Source: NUS Business School
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education New products/services