omniture

Sistem Pengurusan Elektrik Taiwan mudahkan Sasaran Sifar-Bersih dan Peluang Rantaian Bekalan Hijau Seluruh Dunia

ITRI
2022-10-06 10:00 22

TAIPEI, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dalam perjuangan menentang perubahan iklim, peralihan kepada emisi sifar-bersih telah menjadi tumpuan rantaian bekalan hijau global. Mewujudkan laluan menuju emisi sifar bersih merupakan isu yang sangat penting untuk alam sekitar dan juga ekonomi. Bagi mencapai tujuan ini, kerajaan Taiwan bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti Industrial Technology Research Institute (ITRI) dan perusahaan-perusahaan dalam pelbagai sektor industri agar selari dengan inisiatif rantaian bekalan hijau global. Taiwan membangunkan sistem pengurusan elektrik (EMS) menggunakan ICT untuk mencipta penyelesaian dengan kecekapan yang lebih tinggi, pengurangan karbon yang lebih besar dan cara yang lebih bijak untuk mengurus jejak karbon dengan memvisualisasikan corak penggunaan elektrik bagi memaksimumkan penggunaan elektrik.


Pada tahun 2021, Malaysia berikrar untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang tahun 2050 dan memulakan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035. Memfokuskan kepada peralihan tenaga karbon rendah, Malaysia menyasarkan untuk mencapai 40% kapasiti tenaga boleh baharu, mengurangkan 50% kapasiti penjanaan arang batu serta 35% emisi CO2 keseluruhan berbanding paras tahun 2005 menjelang tahun 2035. Malaysia telah mengemukakan beberapa langkah seperti meluaskan penjanaan tenaga boleh baharu teragih dan storan tenaga akan datang serta pengecasan kenderaan elektrik yang akan memacu peluang perniagaan yang sangat besar untuk pembekal EMS.

Menerusi reka bentuk IC utama dan keupayaan R&D ICT, Taiwan menyediakan rantaian bekalan yang lengkap dan perkhidmatan integrasi sistem komprehensif untuk EMS bagi pemantauan beban, pengoptimuman pintar dan penciptaan nilai. Menuju ke hadapan, Taiwan berharap dapat membentuk perkongsian bersama entiti-entiti awam dan swasta di Malaysia serta negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk strategi grid pintar dan berkongsi pengalaman dalam mencapai emisi sifar bersih.

Taiwan berupaya menyediakan penyelesaian untuk pemantauan beban pintar. Umpamanya, WISE-iEMS Advantech adalah berasaskan kepada transmisi data pantas gerbang-pinggir bermula daripada memantau meter hingga awan, WISE iEMS mengkonfigurasi secara kod rendah bagi memenuhi keperluan analisis pengurusan kuasa yang kompleks. Penyelesaian Advantech dengan ciri pengukuran, analisis dan kawalan memahami dan mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan elektrik dan respons permintaan serta manfaat daripada bil elektrik masa penggunaan.

Taiwan telah mewujudkan aplikasi praktikal penyelesaian IoT tenaga menyeluruh, menggunakan teknologi penderiaan dan komunikasi untuk menghubungkan pelbagai peranti bagi merealisasikan loji janakuasa maya (VPP) untuk pembangunan mampan tenaga dan alam sekitar. DeltaGrid EM daripada syarikat Delta Electronics, umpamanya direka bentuk untuk mengesan dan memvisualisasikan penjimatan tenaga serta emisi karbon, dan dalam masa yang sama menyelaraskan kawalan sistem fotovolta, stesen pengecasan kenderaan elektrik serta sistem storan tenaga untuk mengintegrasikan dan mengoptimumkan kecekapan tenaga elektrik, selain menawarkan perkhidmatan sehenti untuk reka bentuk, pembuatan hinggalah penyepaduan O&M. NextDrive menyediakan ramalan berasaskan AI yang berkuasa untuk penggunaan elektrik pengguna akhir. Ia menyediakan penyelesaian yang mengawal atur secara automatik tuntutan elektrik tempat-tempat dan bateri storan tenaga cas/nyahcas bagi memenuhi kapasiti elektrik kontrak. NextDrive membangunkan VPP yang pertama daripada Taiwan untuk kampus dan perusahaan. NextDrive turut membantu pelanggannya mengambil bahagian dalam pasaran Dagangan Elektrik bagi mencapai matlamat ESG syarikat.

Taiwan telah memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global untuk cip semikonduktor dan ICT yang berupaya untuk menawarkan perkhidmatan platform bersepadu EMS yang komprehensif dan berkualiti tinggi. Taiwan terus membantu syarikat-syarikat melalui EMS untuk meningkatkan daya saing mereka dan saling bekerjasama untuk mencipta peluang perniagaan rantaian bekalan hijau. TechNews telah melancarkan video industri EMS Taiwan yang baharu di saluran YouTube: https://youtu.be/37wYeqZEd2c.

 

Source: ITRI
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology