omniture

Toys"R"Us Asia Lancar Koleksi Edisi Khas Monopoly 'Dragon Ball Z' dan 'One Piece'

Toys"R"Us Asia
2022-10-13 10:33 88

KUALA LUMPUR, Malaysia13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Berita menarik buat pencinta anime! Toys"R"Us Asia dijadualkan untuk melancarkan set Monopoly edisi khas di Asia yang menampilkan dua animasi terkenal – Dragon Ball Z dan One Piece. Set-set yang unik ini akan tersedia dalam kuantiti yang terhad semasa pelancaran awal, hanya di kedai-kedai Toys"R"Us dan Toys"R"Us dalam talian di Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura, sempena menyambut Hari Krismas. Peminat-peminat anime mahupun para penggemar permainan Monopoly disarankan untuk bertindak pantas bagi  merebut peluang yang eksklusif ini.

Koleksi Edisi Terhad Monopoly One Piece dan Dragon Ball Z hanya boleh didapati secara eksklusif di Toys “R” Us Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura. (Tarikh pelancaran adalah berbeza)
Koleksi Edisi Terhad Monopoly One Piece dan Dragon Ball Z hanya boleh didapati secara eksklusif di Toys “R” Us Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura. (Tarikh pelancaran adalah berbeza)

Koleksi Pertama dalam Dwi Bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Tradisional  

Buat julung kalinya, koleksi Monopoly edisi khas ini akan tersedia secara eksklusif di Toys"R"Us dalam dwi bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Tradisional. Ciri ini meningkatkan pengalaman bermain Monopoly, membolehkan pemain berinteraksi dalam bahasa pilihan mereka!  

Koleksi Edisi Terhad Monopoly One Piece dan Dragon Ball Z terdapat dalam dwi bahasa secara eksklusif di Toys “R” Us.
Koleksi Edisi Terhad Monopoly One Piece dan Dragon Ball Z terdapat dalam dwi bahasa secara eksklusif di Toys “R” Us.

Mainan berpapan seperti Monopoly menawarkan pelbagai manfaat perkembangan untuk kanak-kanak. Ia membangunkan kemahiran kognitif, penyelesaian masalah kanak-kanak dan dalam masa yang sama mengajar mereka kepentingan mengikuti arahan dan semangat bermain yang adil! Dalam masa yang sama, permainan ini boleh memberi masa yang berkualiti bersama keluarga dan mengukuhkan hubungan.

"Toys"R"Us Asia teruja untuk membawakan kepada pengguna dengan set Monopoly yang eksklusif ini yang menampilkan watak-watak kartun animasi yang membesar bersama kita, yang kini turut menjadi kegemaran anak-anak kita," kata Jo Hall, Ketua Pegawai Komersial, Toys"R"Us Asia. "Selain daripada edisi "Selain daripada edisi Monopoly Dragon Ball Z dan One Piece yang tersedia ketika ini, kami juga akan melancarkan  Edisi Eksklusif Monopoly di Asia pada masa akan datang, ia akan menampilkan satu lagi kartun animasi yang popular iaitu Sailor Moon! Kami pasti set mainan ini akan menawarkan detik keseronokan dan ikatan yang berkekalan untuk keluarga dalam pasaran kami."

"Kami amat teruja untuk berganding bahu dengan Toys"R"Us Asia untuk membawakan edisi Monopoly yang hebat ini ke pasaran. One Piece, Dragon Ball dan Sailor Moon ketiga-tiganya merupakan jenama yang digemari di seluruh dunia dan kukuh terutamanya dalam seluruh pasaran Asia. Ketiga-tiga edisi Monopoly ini telah menjadi antara jualan terlaris kami di Eropah dan juga Pasifik," kata Jake Houghton, Ketua Asia bagi Winning Moves UK, pengedar Monopoly.

Dragon Ball Z Monopoly: Naikkan tahap kuasa anda! Cari Z Fighters dalam pertempuran epik membaling dadu dan hartanah dengan satu lagi edisi menarik mainan berpapan keluarga kegemaran dunia, Dragon Ball Z Monopoly! Rekrut pahlawan-pahlawan legenda seperti Goku, Vegeta and Gohan untuk membantu pengembaraan anda dan ambil peluang untuk menjadi pejuang terkaya di dunia ketika anda berhadapan dengan Red Ribbon Army dan Capsule Corp.

One Piece Monopoly: Selamat datang Dressrosa! Pilih token main watak One Piece rekaan khas kegemaran anda dan jelajahi watak kegemaran anda dengan edisi Monopoly One Piece yang istimewa ini! Maju ke Bellamy, Violet, malah Luffy - adakah anda akan berhutang sewa atau meraih ganjaran?

Sailor Moon Monopoly: Mara ke Tuxedo Mask, Chibi Moon, atau Neo Queen Serenity - adakah anda akan berhutang sewa atau meraih ganjaran? Dengan Sailor Moon Monopoly, kad Cinta dan Persahabatan boleh memberi ganjaran kepada anda kerana melawan penjahat… atau membawa kejutan yang tidak dijangkakan.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia

Selama hampir 40 tahun, Toys"R"Us telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai kepada keluarga sebagai destinasi utama untuk mainan, permainan, peralatan sukan dan kelengkapan pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak dan bayi, serta segala keperluan yang diperlukan oleh ibu bapa baharu untuk menjaga dan menyokong bayi mereka.

Beribu pejabat di Hong Kong, syarikat ini mengendalikan lebih 470 kedai bersama lebih daripada 10,000 ahli pasukan di seluruh Asia termasuk Brunei, tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand – serta melesenkan lebih daripada 85 kedai di Filipina dan Macau. Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman dalam-kedai interaktif yang mendorong imaginasi kanak-kanak dan menginspirasikan pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

 

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Toys New products/services