omniture

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022 Balabala by Kris Van Assche dilancar - Koleksi kanak-kanak pertama oleh Kris Van Assche

balabala
2022-11-12 02:33 3481

SHANGHAI, 12 November 2022 /PRNewswire/ -- Kris VAN ASSCHE, bekas Pengarah Kreatif Dior Homme dan Berluti di LVMH Group, berkolaborasi dengan Balabala buat julung kalinya untuk koleksi kanak-kanak ini sempena koleksi kapsul istimewa ini bagi menyambut Ulang Tahun ke-20 Balabala.

Balabala by Kris Van Assche
Balabala by Kris Van Assche

Balabala dikenali sebagai jenama kanak-kanak No.1 di China dan jenama kanak-kanak yang terkemuka di Asia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 20 juta keluarga, baru-baru ini melancarkan konsep premiumnya.

"Ketika saya diminta untuk menghasilkan koleksi pakaian kanak-kanak, ia menjadi sesuatu yang agak mengejutkan," Kris mengimbau kembali, "Ini merupakan pengalaman yang sama sekali baharu, yang mana buat kali pertama, saya perlu menumpukan hasil kerja saya kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki berumur antara 3 hingga 14 tahun yang ternyata menarik, mencabar dan menyeronokkan."

Diinspirasikan oleh koleksi KRISVANASSCHE terdahulu milik pereka ini, Balabala by Kris Van Assche menerima pakai sumber visual bintik-bintik berwarna-warni dan grafik 'sartorial' corak 'houndstooth', mengolahnya semula untuk koleksi kanak-kanak yang unik ini.

Bintik-bintik berwarna-warni – "sumber parti 90-an" dalam koleksi Kris Van Assche, menjadi motif segar dan ceria untuk kanak-kanak manakala corak 'houndstooth' - grafik fabrik jahitan tradisional - membayangkan adiwira komik.

Dengan koleksi ini, pereka menggabungkan rekaan dan jahitan pakaian-jalanan atasan dengan cara yang menyeronokkan dan santai baik untuk kanak-kanak perempuan mahupun lelaki.

Koleksi ini diperkenalkan di 20 kedai premium dan dua gedung terkenal di Rantau Besar China serta dalam talian oleh T Mall dengan rupa bercantum bersama kepala kucing T-Mall untuk ganda 11.

"Apa yang saya suka tentang jenama balabala ialah ia memiliki jangkauan yang begitu luas, saya tahu balabala mencapai 20 juta keluarga di China dan sebagai seorang pereka, amat mengujakan buat saya untuk mendekati generasi muda pada skala yang sangat besar," kata Kris Van Assche, "balabala menyediakan pakaian untuk kanak-kanak bermula dari 0 hingga 14 tahun, maka secara dasarnya itu akan menjadi pelanggan dewasa masa akan datang untuk saya dan hebat rasanya dapat berhubung dengan generasi muda itu."

Ditubuhkan pada tahun 2002, ketika ini jenama Balabala beroperasi di lebih 4,800 gedung di China dan lebih 40 gedung di peringkat antarabangsa, menjual ke 13 negara dan wilayah. Terokai lebih banyak lagi tentang jenama Balabala di halaman rasminya:

https://global.balabala.com/pages/business-opportunities-1

 

Source: balabala
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news