omniture

CGTN: Mempererat kerjasama tenaga China-Arab yang lahir daripada senario saling menguntungkan

CGTN
2022-12-13 08:44 44

BEIJING, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Negara-negara Arab yang terletak di persimpangan antara Asia, Afrika dan Eropah terkenal di seluruh dunia atas lokasi geografinya yang unik dan rizab tenaga yang amat banyak.


Kerjasama tenaga, salah satu daripada komponen penting dalam perkongsian China-Arab, berkembang secara berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menerusi hubungan yang semakin erat, yang lahir daripada pelbagai pencapaian yang saling menguntungkan.

Tujuh puluh peratus daripada bekalan minyak China diimport. Pada tahun 2021, China mengimport 265 juta tan minyak mentah dari negara-negara Arab, menyumbang sebanyak 51.6 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

Setakat ini, lebih daripada 200 projek kerjasama berskala besar dalam bidang tenaga dan infrastruktur telah dilaksanakan, seraya memberi manfaat kepada hampir 2 bilion orang.

Kerjasama tenaga-baharu China-Arab

Timur tengah mendapat kadar pendedahan kepada cahaya matahari yang tertinggi di dunia, dengan Arab Saudi menjadi tapak fotovolta angin yang terbesar di dunia.

Negara-negara di rantau ini sedang mengejar pempelbagaian tenaga melalui projek-projek tenaga baharu berskala besar. Pada bulan Mac lalu, Arab Saudi mengulangi lagi komitmen lima tahunnya untuk menukarkan separuh daripada jumlah tenaganya kepada sumber boleh diperbaharui menjelang tahun 2030.

Ini dapat meletakkan asas yang kukuh untuk kerjasama China-Timur Tengah, memandangkan syarikat-syarikat Cina mendominasi peringkat pembuatan panel solar yang penting.

China merupakan rakan dagangan terbesar Arab Saudi dan ia juga merupakan pembekal tenaga China yang paling penting serta rakan dagangan yang terbesar di Asia Barat dan rantau Afrika.

Menurut Kementerian Luar China, perdagangan antara kedua-duanya mencecah $87.31 bilion pada tahun 2021, meningkat 30.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perjanjian LNG 27-tahun China-Qatar

Dalam bidang tenaga, Qatar merupakan pengeksport Gas Asli Cecair (LNG) terunggul di dunia.

Memandangkan semua perhatian tertumpu pada upacara perasmian Piala Dunia Qatar 2022 pada 21 November, syarikat gergasi tenaga Cina Sinopec dan QatarEnergy menandatangani perjanjian LNG selama 27 tahun yang melaluinya QatarEnergy akan menyediakan 4 juta tan LNG kepada Sinopec setiap tahun.

Perjanjian tersebut merupakan perjanjian jual beli jangka panjang pertama di bawah Projek Timur Medan Utara Qatar yang dijangka memasuki fasa pengeluaran pada tahun 2026.

Pengerusi Sinopec Ma Yongsheng berkata bahawa perjanjian tersebut akan membantu China memenuhi permintaan gas aslinya dan mengoptimumkan struktur tenaga negara ini. Pihak Qatar juga berpuas hati dengan perjanjian jangka panjang itu.

Buatan-China menyerlah di 'World Cup Hijau'

Qatar ialah sebuah negara di mana "air lebih mahal daripada minyak."

Dengan sokongan daripada China, negara berkenaan telah membina 15 tangki simpanan air yang amat besar di seluruh negara bagi menjamin tahap keselamatan air semasa World Cup.

Dibina oleh sebuah syarikat Cina, loji janakuasa solar Al Kharsaah 800-megawatt Qatar merupakan salah satu yang terbesar di Timur Tengah, lalu meningkatkan bahagian tenaga boleh baharu dalam campuran tenaga Qatar dan seterusnya menyumbang kepada "World Cup hijau".

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2022-12-09/Deepening-China-Arab-energy-cooperation-born-of-win-win-scenarios-1fCTLWmLTSE/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities