omniture

Mengapa Hisense Pilih Menaja FIFA World Cup™: Padanan Sempurna Antara Hisense dan Bola Sepak

Hisense
2022-12-16 01:00 60

QINGDAO, China, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Dalam empat tahun yang lalu, Hisense menaja FIFA World Cup Russia 2018TM dan FIFA World Cup Qatar 2022TM berturut-turut lalu menunjukkan peningkatan kekuatan dan kedalaman proses-proses globalisasinya.  "Menaja FIFA World CupTM dan kejohanan bola sepak terunggul yang lain memanifestasikan visi Hisense untuk mewujudkan laluan pemasaran sukannya yang tersendiri serta komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk membina sebuah syarikat multinasional," kata Dr. Lan Lin, Presiden Hisense Group.

Hisense menjadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™
Hisense menjadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™

Bola Sepak sebagai Tumpuan Strategi Penajaan Hisense

Bola Sepak dan Televisyen sentiasa dihubungkan dengan cara yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sejarah bola sepak yang disiarkan di kaca televisyen bermula sejak tahun 1937 dan generasi-generasi penyiaran dan teknologi paparan memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti sukan ini.

Papan perimeter LED Hisense FIFA World Cup™
Papan perimeter LED Hisense FIFA World Cup™

Hisense menempatkan kedudukan sukan bola sepak sebagai bahagian yang tidak boleh diketepikan daripada strategi pemasaran sukannya bukan sahaja kerana pengguna dapat merasai pengalaman yang terbaik daripada teknologi TV Hisense semasa menonton perlawanan yang menawan hati, tetapi juga kerana kerjasama bersama acara-acara terunggul seperti FIFA World CupTM dapat membawa pendedahan jenama yang agak besar dan seterusnya memberikan peningkatan yang tinggi dalam pengiktirafan jenama. Selepas menaja FIFA World Cup Russia 2018™, kesedaran jenama luar negara Hisense meningkat sebanyak 6 pps.

Selepas 15 tahun berdedikasi terhadap pemasaran sukan, Hisense turut membangunkan pendekatan khususnya sendiri dari segi penajaan bola sepak. Selain daripada kejohanan bola sepak empat tahunan peringkat antarabangsa, Hisense turut menerima pakai skim penajaan khusus wilayah untuk mendapatkan maklum balas daripada pasaran-pasaran masing-masing. Di Eropah umpamanya, Hisense menjadi penaja rasmi Paris Saint-Germain FC dan telah memeterai perkongsian yang dilanjutkan selama dua tahun bersama Leeds United dalam Liga Perdana. Berjuta-juta peminat dan trafik amat tinggi yang dibawakan oleh acara-acara sukan ini akan diterjemahkan kepada potensi yang tidak terukur bagi reputasi jenama dan seterusnya mendorong Hisense untuk memasuki peringkat pengantarabangsaan yang seterusnya.

Perkongsian Membuahkan Hasil FIFA dengan Hisense 

Presiden Hisense Group Dr. Lan Lin bersama Presiden FIFA Gianni Infantino
Presiden Hisense Group Dr. Lan Lin bersama Presiden FIFA Gianni Infantino

Pada bulan April 2017, Hisense menjalin kerjasama pertamanya dengan FIFA dan dalam lima tahun yang seterusnya, perkongsian ini berkembang menjadi perkongsian yang mengukuhkan dan saling memberi manfaat: Dari satu segi, FIFA menjemput Hisense untuk melaksanakan penaiktarafan teknologi yang mendalam terhadap teknologi penyiaran langsungnya dan produk paparan. Dari sisi yang lain, Hisense turut melancarkan produk tersuai untuk FIFA World Cup Qatar 2022TM, yang mengaplikasikan teknologi seperti Pampasan Gerakan (MEMC), Mod Sukan dan Pengecaman Pemain untuk meningkatkan pengalaman tontonan buat pengguna dengan ketara dan merekod prestasi yang luar biasa dari segi jualan produk dan capaian global mereka.

Pemasaran sukan masih dan akan terus menjadi kaedah yang berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang Hisense. Diperkasakan oleh produk premium dan pencapaian teknologi yang berterusan, Hisense berusaha untuk melanjutkan lagi budaya korporatnya dan mencapai pertumbuhan jenama dengan memanfaatkan bahasa sukan.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements