omniture

Firma perakaunan Nexia Singapore berganding bahu dengan jaringan perundingan global untuk memenuhi permintaan Asia Tenggara yang semakin meningkat terhadap khidmat profesional

Nexia Singapore
2022-12-16 12:00 31

Firma perakaunan awam Singapura berkembang pantas Kreston ACA PAC mengumumkan identiti baharu dan menyertai jaringan global Nexia International

SINGAPURA, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Nexia Singapore mengumumkan keahliannya dalam jaringan global Nexia International. Menerusi langkah ini, firma yang dahulunya dikenali sebagai Kreston ACA, mempercepatkan lagi strategi jangka panjangnya untuk mengembangkan keupayaannya sebagai pengusaha utama dalam sektor perakaunan.

Keahliannya meluaskan perkhidmatan audit, jaminan dan khidmat nasihat Nexia Singapore di seluruh Asia Tenggara, di tempat firma ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan ketika ini di negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Singapura.

Sebagai satu-satunya firma wakilan Nexia International di Singapura, Nexia Singapore akan mendapat akses kepada ilmu pengetahuan dan keupayaan 270 firma anggota di 125 negara ketika ini memandangkan ia merupakan sebahagian daripada Nexia International, jaringan perakaunan ke-8 terbesar di dunia.

Nexia Singapore akan terus beroperasi secara bebas di bawah jaringan Nexia. Firma ini, tersenarai di kedudukan antara 15 teratas daripada 700 firma perakaunan di Singapura dalam satu analisis tahun 2020 berdasarkan data daripada International Accounting Bulletin, Singapore Business Review and Consultancy.org, hari ini merupakan salah sebuah firma perakaunan awam Singapura yang terbesar dan berkembang paling pantas.

"Kami berbesar hati menerima jemputan daripada Nexia International untuk menyertai mereka sebagai anggota dalam jaringan global yang berprestij ini. Kami melihat jalinan kerjasama bersama Nexia sebagai satu padanan yang ideal kerana anggota-anggota Nexia memiliki reputasi yang kukuh dalam menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi dan profesional," kata Cik Chua Soo Rui, Pengarah Urusan Nexia Singapore. "Secara bersama, matlamat kami adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap keperluan perundingan perakaunan dan perniagaan di seluruh Asia Tenggara tatkala kami membantu pelanggan kami membina kepercayaan dan kredibiliti yang mereka perlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka."

Beliau berkongsi bahawa menyertai jaringan Nexia merupakan satu peluang jelas untuk memastikan kesejahteraan jangka panjang pelanggan Nexia Singapore serta pasukan Singapura yang ketika ini diterajui oleh sembilan orang pengarah yang mengetuai 80 pengurus dan kakitangan.

Firma ini merancang untuk menggandakan bilangan akauntan dan perunding sepanjang tahun hadapan memandangkan permintaan pelanggan semasa dan baharu terhadap perkhidmatan profesional meningkat di seluruh Asia Tenggara.

Latar Belakang Nexia Singapore 

Nexia Singapore ialah sebuah firma perakaunan awam dengan satu tujuan – kami mencipta nilai jangka panjang untuk pelanggan kami dengan memenuhi keperluan mereka pada sebarang titik perjalanan pertumbuhan mereka, tanpa mengira sifat atau saiz penglibatan, di mana-mana sahaja di dunia.

Bagi mencapai tujuan ini, pengarah, pengurus dan 80 kakitangan profesional kami yang berdedikasi dan mahir menyediakan kualiti perkhidmatan, integriti dan profesionalisme tanpa kompromi ketika kami memanfaatkan gabungan antara pengalaman, ilmu pengetahuan dan sumber Nexia International, jaringan perakaunan antarabangsa ke-8 terbesar di dunia dengan 270 firma anggota di 125 negara.

Kepakaran kami meliputi audit dan jaminan, cukai, khidmat nasihat perniagaan, penyumberluaran, risiko dan tadbir urus, pemulihan korporat, pemerbadanan syarikat, pembubaran dan ketaksolvenan, perkhidmatan kesetiausahaan korporat, pelaporan kemampanan, pematuhan dan khidmat nasihat cukai, audit dalaman, pengurusan risiko perusahaan, infrastruktur dan penyelesaian IT.

Kunjungi kami dan maklumkan kepada kami apa yang dapat kami lakukan untuk anda di www.nexiasingapore.com 

 

Source: Nexia Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Licensing/marketing agreements