omniture

CGTN: Perjalanan baharu dalam era baharu: China merangka laluan menuju pemodenan

CGTN
2023-01-04 08:36 37

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Selama lebih daripada seabad lamanya, China bersungguh-sungguh mengejar pemodenan — bermula daripada "Revitalize China" ("Menggiatkan Semula China") kepada matlamat "empat pemodenan" yang dilancarkan selepas penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, merujuk kepada pertanian, industri, pertahanan dan sains.

Kini pemodenan bukan lagi sekadar suatu impian untuk rakyat Cina. Pada tahun 2022, kepimpinan China mendedahkan pelan tindakannya untuk membina China sosialis moden dalam segenap aspek yang menampilkan laluan Cina yang unik.

"Satu pelan tindakan yang bercita-cita tinggi telah dirangka bagi membina sebuah negara sosialis moden dalam semua aspek dan memajukan penggiatan semula bangsa Cina yang hebat dalam semua bidang melalui laluan China menuju pemodenan, memberikan seruan lantang berhubung waktu untuk kami mara ke hadapan dalam satu perjalanan baharu," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam ucapan Tahun Baharu pada hari Sabtu lalu.

Menuju pemodenan Cina

Dalam bulan Oktober, pemodenan Cina, istilah penting yang mentakrifkan perjalanan China menuju penggiatan semula, buat julung kalinya ditulis menjadi laporan kepada Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC).

Pemodenan Cina mempunyai unsur-unsur yang bersifat sejagat untuk semua proses pemodenan namun ia dicirikan oleh ciri-ciri yang unik untuk konteks Cina.

Presiden Xi telah menegaskan ciri-ciri unik pemodenan Cina: pemodenan populasi yang besar, kemakmuran bersama untuk semua, kemajuan material dan etika-budaya, keharmonian antara umat manusia dan alam semula jadi serta pembangunan yang damai.

China berusaha untuk mencapai pemodenan untuk lebih daripada 1.4 bilion orang, angka yang lebih besar daripada gabungan populasi semua negara maju di dunia pada hari ini.

Dengan pertumbuhan yang berterusan dalam ekonominya sendiri, China memperjuangkan kemakmuran bersama untuk memastikan semua orang mendapat bahagian yang saksama daripada kejayaan ekonominya dan untuk mengurangkan ketidaksamaan. Menurut Blue Book of Common Prosperity, indeks kemakmuran bersama China meningkat sebanyak 79.3 peratus daripada 24.67 pada tahun 2013 kepada 44.23 pada tahun 2020.

Sambil terus mengukuhkan asas material untuk pemodenan dan menambah baik keadaan material demi kesejahteraan orang ramai, China berusaha untuk membangunkan budaya sosialis termaju, memupuk idea dan keyakinan kukuh dan meneruskan warisan budaya China. Kini, China mempunyai 43 item dalam senarai Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO, angka tertinggi di dunia.

Berpandukan falsafah pembangunan baharu yang membawakan pembangunan yang inovatif, terselaras, hijau, terbuka dan dikongsi, pada tahun 2022 China terus menjadi enjin pertumbuhan utama untuk ekonomi dunia. Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan bahawa ekonomi China akan berkembang 3.2 peratus dalam tahun 2022, selaras dengan kadar unjuran global.

Sebagaimana yang telah diikrarkan berkali-kali oleh kepimpinan Cina, negara ini tetap komited terhadap pembangunan yang damai. Inisiatif Sekuriti Global yang dilancarkan dalam bulan April merupakan satu contoh. Ia telahpun mendapat penghargaan dan sokongan daripada lebih 70 negara.

Dengan langkah-langkah kukuh

CPC bermatlamat untuk merealisasikan pemodenan sosialis dari tahun 2020 hingga 2035 dan membangunkan China menjadi sebuah negara sosialis moden hebat yang makmur, kuat, demokratik, maju dari segi budaya, harmoni dan indah mulai tahun 2035 hingga pertengahan abad ini.

Laluan untuk mencapai matlamat tersebut telahpun terbentuk. Menerusi falsafah pembangunan yang bertumpukan rakyat, negara ini telah membina sistem pendidikan, sekuriti sosial dan penjagaan kesihatan yang terbesar di dunia.

Xi telah menggelar inovasi sebagai nadi kepada pemacu pemodenan China. Usaha mengejar kebebasan dalam inovasi saintifik oleh China dicerminkan dalam pelbagai pencapaiannya termasuk Sistem Satelit Navigasi Beidou, penerokaan angkasa termasuk prob lunar dan Marikh serta pembinaan stesen angkasa milik China sendiri dan kapal selam berawak laut dalam Fendouzhe. Negara ini turut membangunkan teknologi kereta api berkelajuan tingginya sendiri, teknologi komunikasi 5G dan kecerdasan buatan.

Dalam Indeks Inovasi Global 2022 yang disediakan oleh World Intellectual Property Organization, sebuah agensi khas PBB, kedudukan China meningkat ke kedudukan ke-11 antara 132 ekonomi yang disoal selidik.

Berpandukan visi Xi "perairan jernih dan gunung-ganang menghijau merupakan aset-aset yang tidak ternilai", dorongan pemodenan China turut menekankan kewujudan bersama yang harmoni antara umat manusia dan alam semula jadi. Negara ini telah mengurangkan keamatan emisi karbonnya sebanyak 34.4 peratus sejak 10 tahun yang lalu dan berikrar untuk mencapai puncak emisi CO2 sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060.

Tambahan pula, China mengulangi lagi bahawa ia akan memajukan agenda pembukaan yang lebih luas merentas lebih banyak kawasan dan dengan lebih mendalam, mengikuti laluan Cina menuju pemodenan dan berkongsi peluang pembangunan negara ini dengan dunia. Dalam 11 bulan pertama tahun 2022, perdagangan barangan China meningkat 8.6 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 38.34 trilion yuan ($5.5 trilion), menurut Pentadbiran Am Kastam.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-31/New-journey-of-the-new-era-China-charts-course-for-modernization-1gcNT6SNh1C/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service