omniture

Lindungi Legasi Hidup dan Perniagaan Anda Dengan GoSecure dan GoSecure+ Dari Gibraltar BSN

Gibraltar BSN
2023-02-14 16:52 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Gibraltar BSN Life Berhad ('Gibraltar BSN'), salah satu syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia, telah melancarkan GoSecure dan GoSecure+, pelan pelindungan terbaru untuk rakyat memenuhi perlindungan legasi hidup serta perniagaan mereka.

Lee Kok Wah (Kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN dan Daniel Toh (Kanan), Ketua Pegawai Jualan Gibraltar BSN semasa pelancaran GoSecure and GoSecure+
Lee Kok Wah (Kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN dan Daniel Toh (Kanan), Ketua Pegawai Jualan Gibraltar BSN semasa pelancaran GoSecure and GoSecure+

GoSecure and GoSecure+ ialah pelan insurans bertempoh yang menawarkan pelanggan fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dan tempoh pembayaran premium, amaun perlindungan untuk kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, dan opsyen Cash Booster untuk menerima manfaat matang.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Life Berhad, Lee Kok Wah berkata, "Lebih daripada 37,000 PKS terpaksa menghentikan operasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan 3.0[1]. Dengan GoSecure and GoSecure+, para peniaga boleh mengambil langkah melindungi perniagaan mereka dari segi kewangan, tanpa risau kepada kejadian tidak dijangka. Pelan terbaru ini direka khusus untuk menawarkan pelanggan fleksibiliti untuk memperluaskan pelindungan mereka berdasarkan keadaan dan keperluan  perniagaan mereka yang sentiasa berubah."

Perusahaan kecil dan serdahana ('PKS') adalah tulang belakang kepada perkembangan perindustrian di Malaysia dengan 98.5% perniagaan terdiri daripada PKS[2], dan semakin banyak perniagaan didaftar setiap tahun. Walaupun peranan PKS adalah penting untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, anggaran 60% PKS akan gagal dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penubuhan. [3]

Kok Wah menghuraikan lanjut, "Kami percayai perniagaan pelanggan kami berasaskan cetusan idea dan keazaman mereka untuk mencapai cita-cita di dunia keusahawanan. Ini menjadikannya penting bagi pelanggan kami untuk melindungi keluarga dan perniagaan mereka dari segi kewangan sekiranya kejadian yang tidak dijangka berlaku." 

Dengan GoSecure and GoSecure+, pelanggan boleh memilih tempoh perlindungan dari 5 tahun sehingga tempoh penuh yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. GoSecure+ juga dilengkapi dengan perlindungan tambahan untuk 45 penyakit kritikal.

Layari www.gibraltarbsn.com untuk maklumat lanjut mengenai GoSecure and GoSecure+. Sebagai alternatif, pelanggang boleh bersembang dengan Chatbot Gibraltar BSN, GINA melalui WhatsApp di 03-2298 2477 dan melalui akaun media sosial rasmi Gibraltar BSN di Facebook dan Instagram.

[1] Source: Over 37,000 businesses shut down during MCO 3.0, Free Malaysia Today, 2021
(https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/09/28/over-37000-businesses-shut-down-during-mco3-0/)
[2] Source: Economic Census 2016, Department of Statistics Malaysia (DOSM)
[3] Source: Growth Challenges of SMEs: Empirical Evidence in Sabah, Malaysia, ASEAN Entrepreneurship Journal (AEJ), 2020

Mengenai Gibraltar BSN Life Berhad

Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") adalah salah sebuah syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia. Selama lebih dari 60 tahun, kami telah melindungi impian dengan menyediakan penyelesaian perlindungan yang relevan dan berpatutan yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.

Nama Gibraltar BSN mewakili susur galur keturunan kami kepada Prudential Financial, Inc. (PFI), salah sebuah institusi kewangan terbesar dunia dari Amerika Syarikat dan Bank Simpanan Nasional (BSN), sebuah jenama dengan sejarahnya tersendiri dan warisan kewangan yang kukuh di Malaysia. Nama 'Gibraltar' dan logo ikon kami 'Rock of Gibraltar' merujuk kepada PFI dan menggambarkan sejarah yang kaya dan kewangan yang kukuh selama lebih dari 140 tahun di belakang jenama PFI.

Sebagai Juara Perlindungan Komuniti di Malaysia, Gibraltar BSN mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dan pelbagai yang terdiri daripada 8 lokasi di seluruh negara, pasukan agensi nasional, dan lebih daripada 400 cawangan milik rakan strategik kami: Bank Simpanan Nasional.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda melindungi impian anda, sila lawati laman web kami di www.gibraltarbsn.com.

*PFI Amerika Syarikat tidak berhubung kait dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.

 

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Health Insurance Insurance New products/services