omniture

Faedah Pekerja Dipermudah: LivWell Insurance Lancar One Health di Vietnam

LivWell Asia
2023-06-16 08:05 42

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 16 Jun 2023  /PRNewswire/ -- LivWell Asia, syarikat teknologi insurans (insurtech) yang terkemuka Vietnam, dengan bangganya mengumumkan kejayaan pelancaran One Health, satu penyelesaian faedah kesihatan pekerja yang komprehensif dan mampu milik untuk PKS dan syarikat pemula. Sejak pelancarannya dalam Mei 2023, penyelesaian ini telah mengumpul daya tarikan yang sangat besar dengan lebih 200 pekerja menyertainya dan menjangkakan lebih 1,000 organisasi menjelang akhir tahun 2024.

Insurans Kesihatan Pekerja Kumpulan One Health
Insurans Kesihatan Pekerja Kumpulan One Health

One Health menawarkan insurans kesihatan korporat yang digabungkan dengan faedah-faedah yang amat dicari-cari seperti keahlian gimnasium, teleperubatan dan perkhidmatan pemakanan pada harga kompetitif menjadikannya mampu milik untuk mikro-PKS dan syarikat pemula dengan premium terjamin tanpa sebarang penajajaminan perubatan pada awalnya.

Mengupayakan akses kepada faedah-faedah yang biasanya eksklusif untuk syarikat-syarikat korporat besar kepada PKS, syarikat pemula dan usahawan, One Health mempermudah pengurusan faedah untuk perniagaan dengan menggabungkan pelbagai penyedia ke dalam satu platform. Ia merupakan aplikasi super kesihatan yang menyediakan tawaran insurans, perkhidmatan kewangan dan kesihatan yang disesuaikan mengikut setiap pengguna.

Pedro Baliza, Ketua Pegawai Eksekutif LivWell Vietnam, berkata, "LivWell mencipta ekosistem kesejahteraan yang memastikan orang ramai terlibat dalam menjaga kesihatan mereka. Struktur harga adalah jelas dan telus dengan menggunakan data kesihatan dari semasa ke semasa bagi menyediakan sebut harga tersuai berdasarkan kepada tingkah laku kesihatan individu."

Pedro Baliza, Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif LivWell Vietnam
Pedro Baliza, Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif LivWell Vietnam

One Health membenarkan penebusan mata yang diperoleh dengan menjejak langkah pekerja sebagai pertukaran untuk ganjaran, membina item unik dan menyumbang atau menukar nilai tunai. Bagi mengupayakan visi ini, baru-baru ini syarikat ini bekerjasama dengan 9Pay E-Wallet Vietnam.

Pendekatan yang inovatif ini membuatkan LivWell dapat menjadi sebahagian daripada 50 Teknologi Insurans (Insurtech) Terbaik di APAC oleh ITC Asia dan Sonr.

Memandang ke hadapan, LivWell sedang berusaha untuk melancarkan pelbagai produk insurans yang unik termasuk kad kredit Kesihatan dan Kesejahteraan serta memeterai perkongsian strategik dengan acara-acara sukan yang terkemuka pada tahun ini.

LivWell memajukan kedudukannya secara strategik dalam pasaran dengan memohon lesen insurans tindanan penuh di India. Langkah ini bertujuan untuk membolehkan LivWell menawarkan penyelesaian perlindungan dan kesejahteraan yang komprehensif di India.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.livwell.asia.

Latar Belakang LivWell Holdings:

LivWell Asia ialah syarikat Teknologi Insurans (Insurtech) terkemuka yang mencipta penyelesaian kesihatan dan perlindungan yang inovatif untuk individu dan perniagaan di Vietnam dan tidak lama lagi, India. Sejak penubuhannya pada tahun 2020, ia memperoleh lebih 160,000 pengguna aktif dan mengeluarkan lebih 51,000 polisi. Syarikat ini memeterai perkongsian strategik dengan Allianz Partners, California Fitness dan Yoga Centres, serta Pebble di India.

 

Source: LivWell Asia
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Insurance New products/services