omniture

COSRX LANCAR THE AHA 2 BHA 2 BLEMISH TREATMENT SERUM SEDIAKAN PENYELESAIAN PANTAS DAN MUDAH UNTUK KEBIMBANGAN TOMPOKAN

COSRX
2023-06-16 22:26 38

Bola Mampat Kapas Tulen 100% Menggabungkan Asid Glikolik Amat Pekat dan Asid Salisilik Untuk Rawatan Tompokan Intensif, Pembersihan Pori dan Penjagaan Sebum Berlebihan

SEOUL, Korea Selatan, 16 Jun 2023 /PRNewswire/ -- COSRX mengumumkan keluaran The AHA 2 BHA 2 Blemish Treatment Serum baharu mereka yang mempunyai 2% AHA & 2% BHA dalam bola mampat kapas tulen 100% bagi memberikan penyelesaian pantas dan berkesan untuk rawatan tompokan dan keperluan cela. Direka bentuk agar bersih, cepat dan mudah digunakan, serum ini merupakan pengubah keadaan untuk sesiapa sahaja yang mencari rawatan tompokan yang berkesan tanpa perlu bersusah payah.

COSRX LANCAR THE AHA 2 BHA 2 BLEMISH TREATMENT SERUM
COSRX LANCAR THE AHA 2 BHA 2 BLEMISH TREATMENT SERUM

Serum baharu yang inovatif ini menghimpunkan campuran optimum bahan-bahan seperti PHA (Glukonolakton), Alantoin, Zink PCA dan Natrium Hialuronat yang bersama-sama menjadi penyelesaian dermis yang ideal untuk sesiapa sahaja yang menyasarkan untuk mengelakkan tompokan mereka daripada menjadi lebih besar atau lebih teruk.

Lebih daripada sekadar merawat tompokan, serum ini juga dapat mengatasi masalah bintik putih, bintik hitam, sebum berlebihan dan pori tersumbat untuk penyelesaian yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan hanya satu bola kapas, kini anda boleh merawat tompokan tanpa perlu menyentuhnya secara langsung. Pendekatan yang bersih ini dapat menjamin aplikasi yang suci dan mudah. Hanya tekan-tekan pada tompokan yang anda ingin sasarkan dan biarkan serum berfungsi dengan ajaib. Bola kapas ini mempunyai saiz dan bentuk yang sempurna untuk aplikasi yang tepat pada kawasan sasaran, lalu menjadikan rawatan tompokan mudah.

"The AHA 2 BHA 2 Blemish Treatment Serum kami dengan DermCottonBall menawarkan penyelesaian yang bersih, cepat dan mudah," ujar seorang jurucakap COSRX. "Kami menyedari kepentingan menyediakan rawatan tompokan berkesan yang mengutamakan kebersihan dan kemudahan penggunaan. Dengan serum kami, anda dapat mengatasi masalah tompokan dengan yakin tanpa bersusah payah."

Perhatian kepada kedua-dua kulit dan bumi merupakan kunci - bola kapas tulen 100% mendapat pelbagai tanda pensijilan termasuk Vegan® Fabric, Biodegradable Fabric, LOHAS (Life Style of Health and Sustainability) dan OEKO-TEX® (Oeko-Tex Standard 100).

The AHA 2 BHA 2 Blemish Treatment Serum boleh didapati melalui laman rasmi yang berikut:  Shopee Singapore; Shopee Philippines; Shopee Vietnam; Shopee Thailand; Shopee Taiwan ; Shopee Malaysia.

Latar Belakang COSRX 

Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi berpatutan, COSRX dengan pantas menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan dan tiada apa yang tidak diperlukannya. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Amazon, ULTA, JCPenney, Target dan Dermstore.

Source: COSRX
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services