omniture

TCL Pamerkan Inovasi Terkini Semasa IFA 2023 dengan Anugerah Tertinggi untuk Perkakas Rumah Pintar

TCL Electronics
2023-09-04 15:07 10

TCL berada di acara teknologi terbesar dunia untuk mempamerkan hiburan tiada tandingan, rumah pintar, peranti peribadi dan penyelesaian tenaga boleh baharu jenama ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi kepada khalayak seluruh dunia

HONG KONG, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama televisyen dua teratas di dunia* mengatur reruai di IFA, acara teknologi yang paling penting di dunia, berlangsung di Tapak Pameran Messe Berlin mulai 1–5 September. Menarik minat beribu-ribu jenama teknologi dan pakar industri, IFA membawakan gambaran keseluruhan pasaran antarabangsa yang paling komprehensif dan kehadiran TCL di acara itu selama lebih sepuluh tahun mengukuhkan kedudukannya di barisan hadapan hiburan perintis dan teknologi domestik pintar.

TCL menyertai IFA pada tahun 2023 untuk mendemonstrasikan kejayaan meluas yng membanggakan dalam paparan hiburan imersif, teknologi IoT dan tenaga lestari melalui pameran inovasi terkini jenama tersebut dalam kategori pawagam rumah, penyaman udara, mesin basuh, telefon pintar, tablet, cermin mata AR dan penyelesaian rumah pintar serta teknologi fotovolta (PV) teragih yang terkini.

Bagi mereka yang sedang tercari-cari teknologi pawagam rumah terunggul, TCL mempamerkan paparan Mini LED 115", yang terbesar seumpamanya di dunia setakat ini, berserta inovasi audio berbilang saluran yang berkuasa.

Sebagai peminat sukan dan penaja utama kepada beberapa ikon olahraga global, TCL turut membawakan kemas kini penjenamaan terkini di reruai, dengan sesi interaktif yang amat dinanti-nantikan melibatkan legenda bola sepak yang terkenal di dunia.

Pengiktirafan Industri atas Pencapaian Cemerlang dalam Evolusi Perkakas Domestik

Semasa pameran itu, TCL menerima Anugerah Teknologi Pembersihan Udara Pintar sebagai pengiktirafan oleh Europe Digital Group dan Asia Digital Group atas teknologi penyaman udara termaju.

Susulan kajian semula dan penilaian yang teliti, para hakim yang disegani memberi pengiktirafan tinggi kepada TCL FreshIN Series AC hasil daripada teknologi udara segar dua-hala bersepadunya yang pertama di dunia.

Anugerah tersebut diberikan sebagai sebahagian daripada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Teknikal Produk Global yang dianjurkan oleh Europe Digital Group serta Asia Digital Group dan dipilih oleh juri yang terdiri daripada pakar global dan media berpengaruh.

Teknologi penyaman udara TCL melangkaui lebih daripada sekadar mencipta keadaan kehidupan yang selesa. TCL berbangga dengan keupayaan untuk mencipta AC yang sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan kita, melalui kapasitinya membersihkan udara yang kita sedut. Dengan Teknologi FreshIN+ 2.0 TCL, sistem penggantian udara segera dua-hala yang pertama dalam industri ini, udara kaya oksigen dari luar dibawa masuk, manakala udara yang tidak menyihatkan dilepaskan.

Ini sangat sesuai apabila kualiti udara adalah teruk kerana ia sebenarnya mengeluarkan udara yang tidak menyihatkan – bererti ia membantu mengeluarkan partikel yang tidak dingini seperti habuk, bulu haiwan peliharaan dan bahan cemar. Digandingkan dengan sistem penapisan lapisan kuadrupel, udara yang beredar adalah jauh lebih baik untuk orang yang sensitif terhadap alahan. Hal yang sama berlaku untuk penyingkiran bau, memandangkan sistem pernafasan udara segar FreshIN+ dapat membantu menghapuskan bau busuk apabila AC tradisional tidak dapat melakukannya.

TCL juga dengan bangganya mengumumkan Peti Sejuk Terbina-Dalam Bebas C521CD dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Produk Tahunan oleh China Household Electric Appliance Research Institute yang terkenal.

Peti Sejuk Terbina-Dalam Bebas TCL C521CD diiktiraf atas reka bentuknya yang inovatif, dengan kabinet nipis yang rapi berukuran hanya 640mm (termasuk pintu) dan hanya 0.4cm ruang dikhaskan antara bahagian tepi kabinet, membolehkan penggunaan ruang dimaksimumkan untuk barangan runcit, lalu meningkatkan kecekapan keseluruhan. Kedua-dua petak peti sejuk dan penyejuk beku dilengkapi dengan peranti pensterilan bagi menjamin sanitasi yang sihat tanpa sisa, memastikan makanan disimpan dalam keadaan bersih yang optimum.

Dari segi kelebihan dan ciri-ciri penting yang diperakui oleh hakim, Teknologi Pelesapan Haba Bawah C521CD mengawal haba operasi dengan berkesan daripada terkumpul pada bahagian sisi dan bahagian atas peti sejuk, seterusnya menjimatkan ruang yang diperlukan untuk pengudaraan.

Tambahan pula, lapisan penebat pembusa Mikroselular generasi keempat TCL adalah 10% lebih nipis berbanding pada model asal, memberi penambahan selanjutnya kepada reka bentuk yang nipis dan rapi.

C521CD turut menampilkan peranti penjana ion T-Fresh, modul penyerap bau Pure Air dan Zon Boleh Tukar -20°C-5°C bagi menjamin keadaan optimum untuk memastikan makanan berada pada tahap paling segar dan paling sihat untuk tempoh yang lebih lama.

Teknologi Canggih di Rumah dan Selanjutnya

Memandangkan ke luar rumah kepada peranti peribadi, RayNeo TCL menonjol sebagai pencabar dalam bidang peranti boleh pakai pintar dengan memperkenalkan RayNeo X2 yang ditingkatkan, cermin mata AR pandu gelombang optik MicroLED warna-penuh binokular, boleh dikeluarkan secara besar-besaran yang pertama di dunia yang menyediakan penaiktarafan premium pada kesan paparan dan pengalaman AR. Sebagai tambahan, TCL turut mendedahkan keadaan penggunaan baharu yang mengujakan untuk teknologi paparan NXTPAPER yang memenangi anugerah yang akan membawakan pengalaman warna penuh seperti kertas yang ditingkatkan dengan keselesaan pada mata yang tiada tandingan kepada kategori telefon pintar buat julung kalinya.

Teknologi untuk Masa Depan Lebih Lestari

Memberi inspirasi selanjutnya kepada khalayak global untuk menjalani kehidupan yang lebih hijau, TCL memperluaskan kehadirannya dengan aktif dalam bidang fotovolta (PV) teragih, berusaha untuk mencapai matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon dengan penyelesaian tenaga pintar semua-dalam-satu yang dipamerkan semasa IFA, memikat hati khalayak tatkala ia bersedia untuk mentakrifkan semula penggunaan tenaga lestari yang cekap di rumah dan menyokong gaya hidup rendah-karbon, hijau.

*Barang pameran yang disebut dalam artikel ini termasuk prototaip dan demonstrasi yang tidak tersedia serta merta dalam pasaran. Pembaca dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TCL tempatan untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

 

*Data: OMDIA, 2022

 

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics HVAC Television Awards New products/services Trade show news Artificial Intelligence