omniture

CGTN: CIFTIS bermula, China komited buka pintu lebih luas kepada dunia

CGTN
2023-09-05 23:51 39

BEIJING, 5 September 2023 /PRNewswire/ -- Tatkala Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2023 (CIFTIS) bermula pada hari Sabtu di Beijing, negara ini menunjukkan kepada dunia komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap keterbukaan yang lebih luas dalam sektor perdagangan perkhidmatan dan kesungguhan yang teguh untuk menggalakkan lagi pemulihan ekonomi global.

Menyampaikan ucapan video di Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global 2023 CIFTIS, pada hari Sabtu Presiden Cina Xi Jinping berjanji untuk bekerjasama dengan semua negara dan pihak bagi memajukan pembangunan yang inklusif melalui keterbukaan, menggalakkan keterhubungan dan integrasi melalui kerjasama, memupuk pemacu untuk pembangunan melalui inovasi dan mencipta masa depan yang lebih baik melalui perkhidmatan bersama, dalam usaha untuk bersama-sama membolehkan ekonomi dunia berada pada landasan pemulihan yang berterusan.

Bertemakan "keterbukaan membawa kepada pembangunan, kerjasama mencipta masa depan saling menguntungkan," CIFTIS 2023 berlangsung di ibu negara Cina ini mulai 2 hingga 6 September.

Persekitaran lebih inklusif

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2012, CIFTIS menarik sejumlah lebih 600,000 peserta pameran dari 196 negara dan wilayah. Tahun ini, tetamu dari 59 negara dan 24 organisasi antarabangsa mengambil bahagian dalam pameran ini. Lebih 500 syarikat Global Fortune 500 dan perusahaan yang terkemuka dalam industri mempamerkan pencapaian mereka di CIFTIS 2023, menjadikan kadar pengantarabangsaan keseluruhan mencapai 20 peratus.

Dalam ucapan video beliau, Presiden Xi menegaskan bahawa China akan menjadikan persekitaran pembangunannya lebih terbuka dan lebih inklusif.

"Kami akan meluaskan rangkaian berorientasikan global kawasan perdagangan bebas standard tinggi, terlibat secara aktif dalam rundingan berhubung senarai negatif untuk perdagangan perkhidmatan dan pelaburan serta membuka bidang perkhidmatan seperti telekomunikasi, pelancongan, undang-undang dan peperiksaan vokasional dengan lebih luas. Zon demonstrasi bersepadu nasional kami untuk keterbukaan yang lebih besar dalam sektor perkhidmatan serta zon perdagangan bebas perintis yang layak dan pelabuhan perdagangan bebas akan menjadi yang pertama menyelaraskan dasar mereka dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa standard tinggi," kata Xi.

Beliau menambah bahawa China akan meluaskan akses kepada sektor perkhidmatannya, memajukan keterbukaan perdagangan perkhidmatan rentas-sempadan dengan cara yang teratur, meningkatkan tahap pemiawaian perdagangan perkhidmatan dan memperluaskan keterbukaan institusi secara berterusan.

Pada pertengahan Ogos, Majlis Negara China mendedahkan garis panduan yang mengandungi 24 langkah khusus untuk mengoptimumkan lagi persekitaran pelaburan asing China dan mempertingkatkan aliran masuk pelaburan asing.

Langkah-langkah ini termasuk memperluaskan kawasan perintis agar dibuka dengan lebih luas dari segi perkhidmatan, menggalakkan firma asing dan pusat R&D mereka melaksanakan projek sains-teknologi utama, mempermudah perjalanan eksekutif kanan, juruteknik dan keluarga mereka serta meningkatkan kepakaran kakitangan di pejabat kerajaan tempatan yang mengendalikan pelaburan asing. 

Di tengah-tengah unilateralisme, fahaman perlindungan dan deglobalisasi yang semakin meningkat, China terus memperdalam keterbukaan dan mengoptimumkan persekitaran perniagaannya, meluaskan "lingkungan rakan" dalam perkhidmatan perdagangan. China menjalin hubungan perdagangan perkhidmatan dengan hampir 240 negara dan wilayah serta menandatangani perjanjian kerjasama perdagangan perkhidmatan dua hala dengan 14 negara.

Laluan pembangunan berpacu inovasi 

Lebih 60 perusahaan dan institusi akan melancarkan pelbagai produk dan teknologi baharu di CIFITS 2023, mencakupi bidang kecerdasan buatan, teknologi kewangan, perubatan dan penjagaan kesihatan serta kreativiti budaya, menyuntik kevitalan baharu kepada pembangunan perdagangan perkhidmatan.

Pada hari Sabtu, Xi menyatakan China akan menambah baik laluan pembangunan berpacu inovasi.

"China akan melangkah lebih pantas bagi memupuk pemacu baharu untuk pendigitalan perdagangan perkhidmatan, melancarkan pembaharuan perintis ke atas sistem asas untuk data dan menggalakkan pembangunan perdagangan digital melalui pembaharuan dan inovasi," kata Xi.

Beliau menambah China akan memajukan pembanguan bersepadu perdagangan perkhidmatan dengan industri-industri perkhidmatan moden, pembuatan termaju dan pertanian moden bagi menyerlahkan lebih kevitalan untuk inovasi.

China telah menjalankan percubaan termaju untuk pembangunan inovatif perdagangan perkhidmatan secara menyeluruh. Sebagai contoh, negara ini telah mewujudkan zon perintis untuk kerjasama e-dagang Jalan Sutera dan membina zon demonstrasi nasional untuk pembangunan inovatif perdagangan perkhidmatan bagi menggalakkan inovasi dalam perdagangan dan menggalakkan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi.

Pendigitalan perdagangan perkhidmatan dipercepatkan lagi. Menurut Kementerian Perdagangan China, dalam separuh pertama tahun ini, perdagangan perkhidmatan negara ini yang disampaikan secara digital meningkat sebanyak 12.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, 3.8 mata peratusan lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan perdagangan perkhidmatan keseluruhan.

Pada akhir ucapan beliau, Xi menyeru semua pihak agar berganding bahu dalam mendukung perdagangan bebas dan rejim perdagangan pelbagai hala yang sukar diperoleh ini, berkongsi peluang bersejarah dalam pembangunan perdagangan perkhidmatan global dan saling bekerjasama demi masa depan dunia yang lebih cerah dan lebih makmur.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-02/Xi-addresses-CIFTIS-Global-Trade-in-Services-Summit-via-video-1mLoJsD8MKI/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news