omniture

CGTN: Integrasi ekonomi serantau dorong kemakmuran bersama China-ASEAN

CGTN
2023-09-11 09:03 45

BEIJING, 11 September 2023 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Hal-hal ASEAN: Episentrum Pertumbuhan" ("ASEAN Matters: Epicentrum of Growth"), Sidang Kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-43 melabuhkan tirai pada hari Jumaat di Jakarta, Indonesia dengan beberapa hasil positif.

Mempererat kerjasama ASEAN-China akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua belah pihak, kata Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn pada hari Khamis.

Integrasi ekonomi serantau 

Berucap di Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-26 pada hari Rabu, Perdana Menteri China Li Qiang menggesa China dan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan keterhubungan, mempererat kerjasama pada rantaian perindustrian dan bekalan, berusaha untuk menyelesaikan rundingan pada tahun 2024 berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (ACFTA) 3.0 dan memajukan integrasi ekonomi serantau secara berterusan.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-26, Li menyatakan pada bulan Jun tahun ini, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mula berkuat kuasa sepenuhnya, membawakan peluang baharu untuk integrasi ekonomi serantau.

"Kita perlu menyerlahkan lagi potensi perjanjian berkenaan, meningkatkan aliran bebas faktor-faktor serta mengembangkan dan menaik taraf perdagangan dan pelaburan kita. Kita perlu memajukan perkongsian ekonomi kita yang komprehensif, saling memberi manfaat dan berkualiti tinggi serta melangkah maju ke arah pasaran serantau bersepadu yang lebih terbuka dan rancak," kata beliau.

China telahpun mencadangkan untuk mempercepatkan Rundingan Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 dan berusaha untuk menyelesaikan rundingan pada tahun 2024, mengikut senarai inisiatif kerjasama China untuk sidang kemuncak berkaitan ASEAN.

FTA China-ASEAN Versi-3.0 akan membawa manfaat yang jelas kepada penduduk tempatan, kata Shi Zhongjun, ketua setiausaha ASEAN-China Center, menambah bahawa dasar-dasar unilateralis dan perlindungan yang diusahakan oleh beberapa negara di luar rantau ini memberi kesan tertentu ke atas kerjasama rantau Asia-Pasifik, termasuk kerjasama antara China dan ASEAN.

Kerjasama Jalur dan Jalan 

Semasa Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-26, satu kenyataan bersama dikeluarkan mengenai kerjasama yang saling memberi manfaat antara Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan Tinjauan ASEAN ke atas Indo-Pasifik.

China mengalu-alukan penyertaan yang aktif daripada negara-negara ASEAN dalam Forum Jalur dan Jalan ketiga untuk Kerjasama Antarabangsa, kata Li pada hari Rabu.

Di bawah rangka kerja kerjasama BRI, China dan ASEAN meningkatkan kerjasama berhubung infrastruktur dan kerjasama serantau.

Landasan kereta api China-Laos telah membuat sejumlah 20.09 juta perjalanan penumpang setakat 16 April, dengan bahagian landasan kereta api di dalam China mengendalikan 17.09 juta perjalanan penumpang dan di luar China mengendalikan tiga juta perjalanan penumpang sejak ia mula beroperasi dalam Disember 2021, menurut data daripada China Railway.

Zon Ekonomi Khas Sihanoukville, projek utama BRI di Kemboja, telahpun menjadi zon perindustrian terbesar di negara Asia Tenggara, menempatkan sehingga 175 kilang setakat ini.

Hasil kerjasama yang membuahkan hasil 

Semasa Sidang Kemuncak China-ASEAN, beberapa dokumen hasil telahpun diterima pakai, termasuk satu kenyataan bersama untuk mempererat kerjasama pertanian antara China dan ASEAN, pelan tindakan mengenai pembangunan pertanian hijau China-ASEAN (2023-2027), inisiatif untuk meningkatkan kerjasama e-dagang dua hala dan inisiatif untuk melaksanakan secara bersama program peningkatan inovasi sains dan teknologi China-ASEAN.

Data daripada Kementerian Perdagangan China menunjukkan bahawa volum dagangan antara China dan ASEAN mencecah $975.3 bilion pada tahun 2022, meningkat 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dan melonjak sebanyak 120 peratus daripada paras tahun 2013.

Setakat akhir bulan Julai, pelaburan dua-hala kumulatif melebihi $380 bilion dan China menubuhkan lebih daripada 6,500 perusahaan dengan pelaburan langsung di ASEAN.

Dekad yang lalu turut menyaksikan ASEAN menjadi rakan dagangan utama China dalam tahun 2020, mengatasi Kesatuan Eropah dan A.S.

"Memandang ke hadapan, saya berpendapat perdagangan dua hala ASEAN-China akan meningkat tiga kali ganda dalam 20 tahun akan datang manakala pelaburan akan meningkat sewajarnya," kata Djauhari Oratmangun, duta Indonesia ke China.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-08/Regional-economic-integration-promotes-China-ASEAN-common-prosperity--1mW7i3aFKlW/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion