omniture

TAILG Tampilkan Julung Kali Jenama TLG Baharu dan Barisan Produk di EICMA, Dorong Pengembangan Global

TAILG
2023-11-13 08:05 9

MILAN, 13 November 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 7 hingga 12 November, TAILG mempamerkan jenama baharunya TLG di peringkat global di pameran kenderaan dua roda ulung EICMA 2023 dan dalam masa yang sama memeterai perjanjian untuk melancarkan kedai utama pertamanya di Eropah. Geng Xiewei, Kaunselor Pejabat Ekonomi dan Komersial Konsulat Cina, menghadiri sidang akhbar dan menyampaikan ucapan.

Semasa majlis pelancaran, beberapa produk baharu, termasuk GTS, CTS dan TL6 didedahkan, mencetuskan minat yang amat tinggi dalam kalangan hadirin profesional. Kelompok pertama daripada tawaran ini akan tersedia untuk pengalaman secara langsung di kedai utama pertama TLG di Switzerland.

Sun Muchai, Ketua Global TLG dan Naib Presiden Kanan TAILG, menjelaskan bahawa TLG memanfaatkan kepakaran TAILG selama dua dekad dalam sektor kenderaan dua roda dan tiga roda elektrik bagi memenuhi keperluan perjalanan ulang alik bandar dengan basikal dan skuter elektrik. Merangkumkan etos Try · Love · Go (Cuba · Suka · Mara), jenama ini mengkhusus untuk membentuk gaya hidup perjalanan bandar yang diperibadikan dan pintar. Selain daripada menyediakan kepada pengguna dengan penyelesaian perjalanan jarak dekat pintar, TLG beraspirasi untuk menyampaikan pengalaman jenama dan produk yang canggih dari segi teknologi, bingkas dan berkekalan sambil memberi penekanan yang signifikan kepada budaya dan penglibatan komuniti.

TL6: Motosikal Elektrik Tulen Berkelajuan-tinggi

TL6 dilengkapi dengan motor dipasang pada bahagian tengah 6kW, berupaya mencapai kelajuan tertinggi sehingga 100km/j. Hasil daripada sensor kedudukan berputar gred-automotif ATS, model ini memperlihatkan ketangkasan yang unggul dalam pengendalian. Ia turut menampilkan konfigurasi brek gred-perlumbaan, termasuk angkup jejari empat omboh, berdiameter besar yang biasanya ditemui pada motosikal bahan api tradisional. Ini dapat meningkatkan prestasi brek motosikal, lalu memastikan pengalaman tunggangan yang lebih selamat dan lebih andal.

CTS: Motosikal Pedal Tenaga Baharu 

CTS menonjol menerusi reka bentuknya yang minimalis dan gaya yang anggun. Badan model berwarna perak dan lampu puncak bercincin bintang yang unik dilengkapi dengan motor 5000w dan bateri litium dwi-bank 72V 34Ah. Mencapai kelajuan tertinggi pada 90km/j, CTS dapat meliputi jarak sehingga 100km pada sekali cas. Di samping itu, ia menyokong kawalan jelajah, membolehkan penunggang meregangkan cengkaman mereka dan mengurangkan keletihan semasa tunggangan jarak sederhana hingga jarak jauh. Menampung keperluan pencari keseronokan atau penunggang santai, penyelesaian perjalanan ini menawarkan pengalaman tunggangan premium.

GTS  Skuter Rekreasi Mewah

Menyasarkan pasaran mewah, GTS menampilkan badan potongan berlian yang dilengkapi dengan tekstur gentian karbon. Model ini didatangkan lengkap dengan motor segerak magnet kekal (PMSM) 3-dalam-1 dipasang pada bahagian tengah 25kW, berupaya memecut sehingga 50km/j hanya dalam 2.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 150km/j. Di samping itu, skuter ini menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih mudah dengan keupayaannya untuk dicas semula melalui stesen pengecasan kenderaan elektrik.

TLG menawarkan barisan produk yang pelbagai, bermula daripada skuter rekreasi mewah hingga motosikal stradel berkelajuan tinggi, elektrik sepenuhnya. Selain daripada tiga model ini, barisan penampilan sulung ini turut melibatkan TY3 dan TY3 PRO.

Dibangunkan oleh pasukan yang berdedikasi, produk TLG dapat menampung keperluan penunggang arif di Eropah dan Amerika Utara. Pasukan ini memfokuskan pada pemilihan bahan, proses pengilangan dan siri produk untuk memenuhi jangkaan penyelesaian mobiliti yang pintar dan mesra pengguna. TLG komited kepada inovasi dan penambahbaikan yang berterusan dalam reka bentuk serta ciri-ciri produk.

Latar Belakang TAILG 

Ditubuhkan pada tahun 2004 di Shenzhen, China, TAILG ialah sebuah syarikat kumpulan teknologi global yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan, perkongsian serta pengecasan & pertukaran kenderaan elekrik dan servis rantaian industri keseluruhan yang lain. Dengan bergantung pada pusat R&D standard tinggi, TAILG memiliki lebih daripada 1,000 paten nasional dan mengendalikan sembilan pangkalan pengeluaran di China dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak lebih 12 juta kenderaan. Ia juga memiliki lebih daripada 30,000 kedai pengalaman terminal dan mengeksport ke lebih 90 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.tailg.com/ .



 

Source: TAILG
Keywords: Auto Consumer Electronics Transportation New products/services