omniture

Runergy Disenaraikan sebagai Pengeluar Modul PV Tahap 1 BloombergNEF

Jiangsu Runergy New Energy Technology Co., Ltd.
2023-11-29 08:47 30

SHANGHAI, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Runergy telah mencapai kejayaan penting apabila dimasukkan ke dalam senarai Pengeluar Modul PV Tahap 1 BloombergNEF yang terkini bagi S4 tahun 2023. Pengiktirafan ini merupakan bukti kepada kualiti dan keandalan produk Runergy yang luar biasa, prestasinya yang cemerlang dalam projek global serta kebolehannya menjana keuntungan (bankability) yang kukuh.

BloombergNEF (BNEF) terkenal sebagai salah sebuah institusi penyelidikan industri yang paling bereputasi baik dalam sektor tenaga baharu global. BNEF membangunkan sistem peringkat untuk produk modul PV berdasarkan kepada kebolehan menjana keuntungan, dengan matlamat untuk mencipta pembezaan yang telus antara ratusan pengeluar modul solar dalam pasaran. Agar layak menjadi pengeluar modul PV Tahap 1, syarikat-syarikat harus menunjukkan pengeluaran modul PV jenama milik sendiri untuk enam projek yang berbeza, dibiayai oleh enam bank komersial yang berbeza.

Produk modul dwikaca jenis-N berkecekapan tinggi daripada Runergy dibina berdasarkan kepada generasi terkini teknologi sel jenis-N cekap ultra-tinggi yang dibangunkan oleh Institut R&D Fotovolta yang ditubuhkan oleh Runergy. Modul-modul ini menawarkan beberapa kelebihan, termasuk LCOE lebih rendah, kos BOS yang lebih baik, kecekapan kuasa yang lebih tinggi serta digunakan secara meluas dalam projek dipasang di darat berskala besar dan sistem penjejakan, projek C&I serta bumbung kediaman. Runergy komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global dan menyampaikan pulangan yang lebih tinggi untuk mereka. Sejak menceburi perniagaan modul PV dalam tahun 2022, produk modul Runergy dieksport ke pelbagai negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan penghantaran yang semakin meningkat. Syarikat ini menjalin perkongsian ekstensif dalam pasaran-pasaran penting seperti Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Asia Tenggara, serta melaksanakan projek kuasa PV di pelbagai lokasi. Salah satu produk unggulan Runergy ialah Modul 144-Keping Dwi Kaca jenis-N yang menerima pengiktirafan sebagai "Pencapai Tertinggi Keseluruhan" RETC, menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam ujian kualiti, prestasi dan keandalan yang ketat.

Ketika ini, Runergy mengembangkan secara strategik rantaian industri vertikalnya, meliputi polisilikon, sel, modul dan sistem kuasa. Syarikat ini menubuhkan tapak pengeluaran bebas di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Runergy melaksanakan amalan pengurusan yang ketat dalam pembuatan pintar, kawalan kualiti dan sokongan selepas jualan bagi menjamin penyampaian produk dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi kepada pelanggan, dengan komitmen untuk menjadi rakan penyelesaian solar global yang paling andal. Sebagai respons kepada transformasi tenaga global dan trend pasaran yang semakin berkembang, Runergy akan mempercepatkan pembangunan seluruh rantaian industrinya, memberi tumpuan pada pertumbuhan perniagaan modul dan mewujudkan jenama pembekal pengeluaran modul yang stabil dan boleh dipercayai.


 

Source: Jiangsu Runergy New Energy Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Semiconductors Utilities Awards General Manufacturing