omniture

Mediwave Perkenalkan Realiti Campuran & Ambulans Terhubung Berkuasa-AI Pertama Dunia

Mediwave Pte. Ltd.
2023-12-21 14:44 6

SINGAPURA, 21 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam satu pembangunan perintis, Mediwave, cabang penjagaan kesihatan digital Wavenet, beribu pejabat di Singapura, bekerjasama dengan 1990 Suwa Seriya, perkhidmatan ambulans kecemasan prahospital negara Sri Lanka bagi meningkatkan penjagaan kecemasan yang menambah baik kehidupan melalui Realiti Campuran dan Kecerdasan Buatan (AI). Secara bersama, Ambulans Terhubung sepenuhnya, dikuasakan oleh Suit Gerak Balas Kecemasan bersepadu Mediwave dilancarkan di Sri Lanka.

ECG Probe Placement Detection with HoloLens by EMT
ECG Probe Placement Detection with HoloLens by EMT

Suit Gerak Balas Kecemasan Mediwave mengautomasikan dan meningkatkan kecekapan ekosistem penjagaan kesihatan kecemasan dengan mendigitalkan proses kritikal, menjamin masa gerak balas yang pantas dan dalam masa yang sama menyediakan penjagaan khusus dari jauh bersama-sama Microsoft HoloLens. Dengan peralatan komunikasi terkini, Internet Pelbagai Benda Perubatan (IoMT) dan keupayaan Realiti Imbuhan (AR), Juruteknik Perubatan Kecemasan (EMT) dapat berhubung dari jauh dengan Pakar Perubatan di Pusat Perintah dan Kawalan Kecemasan (ECCC), memantau tanda-tanda vital serta menyediakan penjagaan khusus sebelum tiba di hospital, meningkatkan penjagaan pada waktu kritikal semasa kecemasan perubatan.

1990 Suwa Seriya mempunyai masa gerak balas mengagumkan iaitu 11 minit dan 38 saat untuk kecemasan perubatan, melebihi beberapa negara maju. Kakitangan perkhidmatan kecemasan mengikuti latihan menggunakan simulasi AR dan dilengkapi dengan maklumat untuk mengendalikan kecemasan khas. Tambahan pula, sistem ini menggunakan penyalin berkuasa-AI, tutur-ke-teks oleh Mediwave untuk mendigitalkan Rekod Penjagaan Pesakit Elektronik (ePCR), menghapuskan kelewatan dalam Unit Rawatan Kecemasan dan meminimumkan kesilapan manusia.

"Kami berbangga dapat memperkasa satu-satunya perkhidmatan ambulans kecemasan prahospital Sri Lanka, 1990 Suwa Seriya. Dengan legasi kejayaan dan kolaborasi bersama veteran industri kesihatan, kami berada di persimpangan antara AR dan AI. Bahagian paling penting dalam usaha perintis kami ialah Suit Gerak Balas Kecemasan yang pertama seumpamanya, meningkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan dengan lancar," ujar Mediwave, Ketua Pegawai Eksekutif, Suren Pinto.

Di majlis pelancaran bertempat di Colombo, Sri Lanka, Menteri Kesihatan YB. (Dr.) Ramesh Pathirana menyatakan, "Perkhidmatan ambulans kecemasan negara kami mengendalikan sekumpulan 322 ambulans. Komitmen kami meliputi peluasan perkhidmatan ini selanjutnya dengan teknologi yang menambah baik kehidupan bagi menjadikan penjagaan kesihatan kecemasan boleh diakses."

Inisiatif ini menandakan anjakan paradigma dalam pengurusan kecemasan prahospital dan menyediakan duluan untuk sistem gerak balas kecemasan yang berkesan, menunjukkan potensi transformatif AI dan Realiti Campuran pada skala global.

Latar Belakang Mediwave:
Beribu pejabat di Singapura, Mediwave ialah penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan digital termaju yang mendorong inovasi dan pendigitalisan dalam ekosistem Penjagaan Kesihatan. Dengan teknologi AI, Data Raya, IoMT dan Realiti Campuran, Mediwave menawarkan rangkaian penyelesaian yang komprehensif; ERMS, EMT Pintar, Ambulans Terhubung, Pembantu Pengemudi AI, alatan Pandu Auto dan banyak lagi.

Source: Mediwave Pte. Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Artificial Intelligence