omniture

Vantage Markets lancar "The Vantage Markets Podcast" di Spotify; cara baru untuk belajar tentang perdagangan di mana-mana sahaja anda berada

Vantage
2024-04-25 18:01 11

PORT VILA, Vanuatu, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- Broker pelbagai aset terkemuka, Vantage Markets (atau Vantage) dengan bangganya memperkenalkan The Vantage Markets Podcast, lanjutan terkini daripada Vantage Academy, direka bentuk untuk menyokong pedagang daripada peringkat pemula hingga pakar.

Kini tersedia pada Spotify, audio siar ini dihoskan oleh Penganalisis Pasaran Global Vantage Markets Jamie Dutta dan menyampaikan episod berdurasi 10-15 minit yang mudah dan dikemas kini setiap bulan.

Pendengar boleh menantikan Dutta meneroka pelbagai jenis topik yang berkaitan termasuk kitaran ekonomi, peranan AI dalam membentuk masa depan, rali 'santa', asset perlindungan dan banyak lagi. Setiap episod bertujuan untuk melengkapkan pedagang dengan ilmu bermanfaat dan pandangan yang boleh diambil tindakan bagi meneruskan usaha perdagangan mereka. Pedagang digalakkan untuk melanggan 'The Vantage Markets Podcast' untuk sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai pandangan eksklusif serta analisis pakar.

"Tatkala pedagang mengemudi pasaran kewangan yang dinamik, akses kepada sumber yang tepat pada masanya dan berwawasan adalah sangat penting," ujar Geraldine Goh, Ketua Pegawai Pemasaran di Vantage Markets. "Dengan 'The Vantage Markets Podcast', kami berusaha untuk menjadikan topik-topik yang kompleks boleh dicapai, menyediakan penjelasan yang jelas dan padat kepada pedagang untuk menavigasi selok-belok perdagangan yang rumit."

Vantage Markets Podcast ialah lanjutan terkini Vantage Academy, hab sumber penting daripada Vantage yang menawarkan artikel pendidikan yang sentiasa relevan, kemas kini dan analisis pasaran, terminologi, webinar, e-buku dan kursus perdagangan pemula.

Ikuti "The Vantage Markets Podcast" pada Spotify di sini dan terokai rangkaian penuh sumber pendidikan yang tersedia pada Vantage Academy di sini.

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker pelbagai aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

https://www.vantagemarkets.com/

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Radio Telecommunications New products/services Financial Technology