omniture

Spin Master dan Alpha Group Selesaikan Pertikaian Paten Berhubung Barang Mainan Bakugan® Menang Anugerah

Spin Master Ltd.
2019-01-15 23:49 1174

TORONTO, 15 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Spin Master Corp. (TSX:TOY; www.spinmaster.com) dan Alpha Group Co., Ltd. of Guangzhou, Guangdong, P.R. China, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pertikaian mereka di Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat berhubung barang mainan boleh diubah telahpun diselesaikan secara aman. Antara terma-terma penyelesaian ialah perjanjian oleh Alpha Group untuk tidak menjual, selepas 31 Januari 2019 produk-produk Screechers Wild! yang dikenal pasti dalam tiga kes di ketiga-tiga negara yang tertakluk kepada pertikaian yang telah diselesaikan.

Spin Master Ltd.
Spin Master Ltd.

"Kami amat berbangga dengan teknologi inovatif di sebalik produk-produk Bakugan," kata Chris Harrs, Penasihat Undang-undang Utama, Spin Master Corp. "Spin Master memiliki sejarah dan reputasi dalam menguatkuasakan harta intelek kami dan kami akan terus melindungi hak-hak kami dengan bersungguh-sungguh apabila perlu."

Spin Master memfailkan dan mendapat paten-paten seluruh dunia bagi melindungi mekanisme transformasi berkaitan dengan barang mainan Bakugan® yang memenangi anugerah dan membuahkan hasil. Spin Master mengambil berat untuk melindungi teknologi transformasi inovatifnya di wilayah-wilayah utama seluruh dunia. Kini, Spin Master mempunyai tuntunan undang-undang yang belum selesai terhadap Mattel di Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico yang mendakwa produk Mecard Mattel melanggar hak teknologi Bakugan.

Latar Belakang Spin Master
Spin Master (TSX:TOY; www.spinmaster.com) ialah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak yang terkemuka di dunia yang mencipta, mereka bentuk, mengeluarkan, melesenkan dan memasarkan portfolio yang pelbagai, terdiri daripada barang mainan, permainan, produk dan barangan hiburan yang inovatif. Spin Master amat dikenali menerusi jenama-jenama yang memenangi anugerah termasuk Zoomer®, Bakugan®, Erector® by Meccano®, Hatchimals®, Air Hogs® dan PAW Patrol®. Sejak tahun 2000, Spin Master menerima 103 pencalonan Barang Mainan Terbaik Tahunan (TOTY) TIA dengan 28 kemenangan menerusi pelbagai kategori produk, termasuk 13 pencalonan TOTY menerusi Barang Mainan Inovatif Terbaik Tahunan. Setakat ini, Spin Master telah menerbitkan lapan siri televisyen, termasuk Bakugan Battle Brawlers yang berjaya pada tahun 2007 dan siri terkenal masa kini, PAW Patrol yang ditayangkan di lebih 160 negara dan wilayah seluruh dunia. Spin Master mempunyai 28 pejabat dan menggaji lebih 1,700 kakitangan di seluruh dunia iaitu di Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Perancis, Itali, United Kingdom, Rusia, Slovakia, Poland, Jerman, Sweden, Belanda, China, Hong Kong, Jepun, Vietnam dan Australia. 

Untuk maklumat lanjut - Pelabur: Mark Segal, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, marks@spinmaster.com; Media: Tammy Smitham, Naib Presiden, Komunikasi & CSR, mediarelations@spinmaster.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/807895/Spin_Master_Spin_Master_and_Alpha_Group_Resolve_Patent_Disputes.jpg

Source: Spin Master Ltd.
Related Stocks:
Toronto:TOY
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Toys Patent Law