omniture

Blume Global Diiktiraf dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Penyedia Keterlihatan Waktu Nyata

Blume Global
2019-01-16 14:57 1210

Blume Global Sediakan Keterlihatan dan Pelaksanaan Logistik Pintar Dalam Rangkaian Rantaian Bekalan, Penghantaran dan Inventori 

PLEASANTON, California, 16 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Blume Global, peneraju bagi penyelesaian logistik dan rantaian bekalan digital bertaraf dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat ini tersenarai dalam "Panduan Pasaran untuk Penyedia Keterlihatan Waktu Nyata" Gartner. Blume Global tersenarai sebagai Vendor Wakilan.

Menurut laporan, "Keterlihatan waktu nyata kepada pesanan dan penghantaran semakin penting untuk pengirim, 3PL dan pelanggan mereka. Para peneraju rantaian bekalan boleh menggunakan kajian ini untuk mendapatkan gambaran tentang pasaran, trend dan vendor dalam segmen platform keterlihatan waktu nyata."1

Laporan ini turut mendedahkan bahawa keterlihatan dan kebolehkesanan dalam rantaian bekalan hujung-ke-hujung merupakan salah satu daripada tiga inisiatif berdana paling penting untuk tahun 2018. Menurut Gartner, "Kekurangan keterlihatan mewujudkan ketidakcekapan dalaman dan luaran dalam operasi pergudangan, armada, kawasan dan pengangkutan yang masuk dan keluar serta menjurus kepada peningkatan kos pengangkutan (contoh, masa menunggu pembawa, denda pelanggan)."

"Keterlihatan yang lebih baik terhadap rangkaian rantaian bekalan menjadi asas kepada transformasi rantaian bekalan. Walau bagaimanapun, keterlihatan dengan kebolehan pelaksanaan di sisi logistik merupakan komponen yang telah hilang dalam industri," kata Pervinder Johar, ketua pegawai eksekutif, Blume Global. "Penyelesaian pengurusan rantaian bekalan pintar membolehkan penjual, pengeluar, pemilik jenama dan syarikat pengangkutan mendapat keterlihatan jelas dan ketangkasan sepanjang proses penghantaran bagi membantu pembekal memenuhi kehendak dan meningkatkan prestasi, ketahanan dan keresponsifan rantaian bekalan. Kami berasa gembira kerana diiktiraf oleh Gartner sebagai Vendor Wakilan dalam keterlihatan waktu nyata."

Keterlihatan Blume membolehkan pengangkutan udara, lautan, destinasi akhir, bungkusan, rel, antara mod, OTR LTL dan OTR FTL serta ketersambungan pembawa motor melalui penyepaduan API, EDI dan IoT. Perkongsian dan penyepaduan Blume Global dengan penyedia TMS global seperti Oracle membolehkan pengesanan komprehensif aset, keterlihatan penghantaran waktu nyata dan pengaturan inventori tidak bergerak dan bergerak. Platform Digital Blume rintis dan penyelesaian Blume memantau peristiwa dan menyediakan ETA prediktif, analisis impak dan penyelesaian masalah automatik untuk menghubungkan, memantau dan bertindak balas dengan mudah pada satu platform terhubung secara global.

Penyelesaian Blume memanfaatkan hampir 25 tahun rangkaian dan sambungan dipacu data bagi mewujudkan keterlihatan waktu nyata, selain pelaksanaan logistik bagi membantu pelanggan dalam sektor peruncitan, pembuatan, CPG, teknologi tinggi dan rakan kongsi rangkaian—termasuk pembawa dan penyedia perkhidmatan—untuk menukarkan keterlihatan kepada nilai sebenar untuk pelanggan.

Panduan Pasaran Gartner menakrifkan pasaran baru muncul, menjelaskan apa yang diharapkan oleh pelanggan untuk dilakukan olehnya dalam tempoh jangka pendek dan menggariskan ciri-ciri tawaran Vendor Wakilan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang nilai yang dibawa oleh keterlihatan waktu nyata kepada pasaran pengangkutan, layari laporan Gartner "Panduan Pasaran untuk Penyedia Keterlihatan Waktu Nyata" di sini.

Penafian Gartner
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak memberi nasihat kepada pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Blume Global
Bermula dengan para peruncit, para pengeluar dan syarikat-syarikat produk pengguna global yang terbesar di dunia kepada syarikat-syarikat trak pengangkut barang tempatan terkecil, kejayaan bergantung pada keterlihatan dan pengaturan hujung-ke-hujung rangkaian rantaian bekalan global dalam setiap pergerakan, setiap mod dan setiap jarak. Dengan platform dan penyelesaian digital didayakan AI dan dipacu data untuk keterlihatan waktu nyata, pelaksanaan logistik, pengurusan aset, pengoptimuman dan penunaian kewangan, Blume Global memanfaatkan lebih 25 tahun maklumat data dan jaringan globalnya untuk membantu perusahaan menjadi lebih tangkas dan responsif, menambah baik penyerahan perkhidmatan dan mengurangkan kos. Ketahui lebih lanjut di blumeglobal.com.

Hubungan Media

Katie Bromley
Blume Global
404-245-8873
Katie.Bromley@blumeglobal.com 

Laura Often
InkHouse (untuk Blume Global)
781-296-6485
blume@inkhouse.com 

1 " Market Guide for Real-Time Visibility Providers," Gartner, 27 November 2018

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/744701/Blume_Logo.jpg

Source: Blume Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Licensing/marketing agreements