omniture

Perbelanjaan Teknikal Luar Jabatan IT Cipta Peluang, namun Buka Jalan Belakang kepada Potensi Risiko Sekuriti dan Kepercayaan Pelanggan, Dapatan daripada Tinjauan Kepimpinan Teknologi Terbesar Dunia oleh Harvey Nash/KPMG

Harvey Nash Group
2019-06-13 00:27 118

- Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG 2019, daripada lebih 3,600 pemimpin IT, mendapati IT pimpinan perniagaan mencipta lebih nilai berbanding sebelum ini, namun ia memerlukan tadbir urus yang lebih baik

- Risiko sekuriti dan privasi meningkat untuk ketua-ketua perniagaan yang mengelakkan kawalan langsung daripada jabatan IT   

- Sehingga 1 dalam 5 pekerjaan akan dilakukan oleh robot, namun pekerjaan baharu akan mengimbanginya, menurut 69% CIO

LONDON, 12 Jun 2019  /PRNewswire/ -- Hampir dua pertiga (63%) daripada organisasi-organisasi kini membenarkan teknologi diurus di luar jabatan IT, satu peralihan yang membawa bersamanya kelebihan perniagaan yang ketara dan peningkatan risiko privasi dan sekuriti. Apabila perbelanjaan IT diurus di luar kawalan langsung oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO), syarikat-syarikat mengalami dua kali ganda kemungkinan berbilang bahagian sekuritinya terdedah dan lebih berkemungkinan untuk menjadi mangsa serangan siber besar-besaran.

Tinjauan kepimpinan teknologi yang terbesar di dunia, Tinjauan CIO Harvey Nash/KPMG 2019, menganalisis respons daripada organisasi-organisasi dengan gabungan perbelanjaan teknologi sebanyak lebih US$250 bilion, didedahkan untuk organisasi-organisasi yang mana pasukan IT secara rasminya terlibat dalam proses membuat keputusan berkisarkan IT pimpinan perniagaan, kelebihan perniagaan termasuk memperbaiki masa untuk memasarkan produk baharu (52% lebih berkemungkinan menjadi 'lebih baik berbanding pesaing mereka dengan ketara') dan pengalaman kakitangan (38% lebih berkemungkinan menjadi 'lebih baik berbanding pesaing mereka dengan ketara').

"Dalam era yang mana sesiapa sahaja yang memiliki telefon pintar dan kad kredit dapat mewujudkan sistem IT, terdapatnya peluang yang luar biasa dan juga risiko yang besar. Perusahaan yang dapat mengimbangi antara inovasi dan tadbir urus dengan tepat akan menjadi pemenangnya," kata Albert Ellis, Ketua Pegawai Eksekutif Harvey Nash. "Dalam masa yang sama, pihak lembaga meminta Ketua Pegawai Maklumat dan pasukan teknologi mereka untuk mengutamakan pengautomatan pekerjaan. Sejauh mana organisasi-organisasi dapat beradaptasi terhadap pengautomatan akan semakin menjadi keutamaan dan banyak organisasi yang masih belum bersedia."

Steve Bates, Pemimpin Global, Pusat Kecemerlangan Penasihat CIO, KPMG International, berkata, "Tiada lagi strategi perniagaan dan strategi teknologi, yang ada hanyalah strategi dengan teknologi yang memacunya. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa organisasi-organisasi yang meletakkan teknologi di tangan pencipta nilai dan menghubungkan pejabat bahagian depan, tengah dan belakang akan menguasai pasaran. Masa depan IT ialah perusahaan yang mengutamakan pelanggan, ditadbir urus dengan baik dan terhubung."

Siaran penuh di sini 

Perhubungan Media:

David Pippett, ProServ PR
david@proservpr.com 
+44-(0)7899-798197

Michelle Thomas
Harvey Nash
michelle.thomas@harveynash.com  
+44-(0)20-7333-2677

Amy Greenshields
KPMG International
+1-416-777-8749
amygreenshields@kpmg.ca 

 

 

Source: Harvey Nash Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Workforce Management/Human Resources New products/services Survey, Polls & Research