omniture

PwC Lancar Penyelesaian Sokong Audit Mata Wang Kripto

PwC
2019-06-21 14:53 231

Menerajui laluan dalam menyediakan khidmat jaminan kepada pelanggan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti mata wang kripto 

LONDON, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- PwC dengan sukacitanya mengumumkan satu penambahan penting kepada suit alatan pengauditan "Halo" sedia ada kami yang dapat kami gunakan untuk memberi perkhidmatan jaminan kepada entiti-entiti yang terlibat dalam urus niaga mata wang kripto. Menerusi pelancaran alatan perisian baharu kami, kami berkedudukan amat baik untuk menyediakan perkhidmatan audit dan jaminan lain kepada pelanggan-pelanggan yang memegang atau berurus niaga dalam mata wang kripto.

Dalam persekitaran yang mana kawalan tangkas telah terbukti berkesan dalam seluruh aktiviti mata wang kripto sesebuah perniagaan, penyelesaian Halo kami dapat:

  1. menyediakan bukti substantif yang bebas bagi "gandingan kunci persendirian dan alamat awam" yang merupakan salah satu bahagian yang diperlukan untuk mewujudkan pemilikan mata wang kripto
  2. memperoleh data dengan selamat daripada rantaian blok untuk mengumpul maklumat sokongan secara bebas dan andal tentang urus niaga dan baki rantaian blok.

PwC telah mula memanfaatkan penyelesaian Halo baharunya bagi menyokong audit pelanggan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti mata wang kripto. Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat, yang mana kami bukan juruaudit mereka, bagi membantu mereka menangani peluang dan cabaran baharu rantaian blok dan mata wang kripto, termasuk membantu mereka untuk melaksanakan proses dan kawalan yang mereka perlukan bagi tujuan memperoleh laporan jaminan daripada juruaudit mereka.

Kebolehan kami untuk mengaudit entiti yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti mata wang kripto banyak dipengaruhi oleh persekitaran kawalan pelanggan kami dan pada tahap ini, oleh keluasan token-token yang disokong oleh perisian Halo kami. Pertimbangan ini akan menjadi kunci apabila menentukan sama ada kami selesa untuk menerima penglibatan audit.

Kini, PwC boleh menggunakan alatan ini untuk memberi khidmat jaminan kepada pelanggan yang berurus niaga dalam Bitcoin, Bitcoin Cash, Bitcoin Gold, Bitcoin Diamond, LiteCoin, Ethereum, token ERC20 - OAX, dan Ripple (XRP).

James Chalmers, Ketua Jaminan Global berkata, "Penting tatkala syarikat-syarikat terus didigitalkan, agar kami, selaku juruaudit bergerak seiring dengan perubahan teknologi dalam pasaran, terus membangunkan alatan audit yang dapat memenuhi keperluan teknologi baru muncul dan dapat memenuhi kehendak para pemegang kepentingan kami yang berubah-ubah dan berkembang."

Untuk maklumat lanjut sila hubungi https://pwc.to/2IlUp4A

Latar Belakang PwC:  Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah yang penting. Kami merupakan jaringan firma dalam 157 negara bersama lebih 250,000 orang yang komited untuk membawakan kualiti dalam khidmat jaminan, khidmat nasihat dan khidmat cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kepada kami tentang apa yang penting buat anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau salah satu atau lebih daripada firma-firma anggotanya, setiap satu merupakan entiti undang-undang berasingan. Sila rujuk www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut.  © 2019 PwC. Hak cipta terpelihara.

Hubungi: 
Mike Davies
Komunikasi Global, PwC
m: +44 (0)7803-974136 
e: mike.davies@pwc.com

 

Source: PwC
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology