omniture

Lianhua Qingwen Dihantar kepada Rakyat untuk Pembendungan Covid-19 oleh Kerajaan Kemboja

Yiling Pharmaceutical
2021-11-12 14:24 111

PHNOM PENH, Kemboja, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Ahad, 600 keluarga tempatan di Daerah Veal Veaeng, Wilayah Pursat, Kemboja, memperoleh Lianhua Qingwen Capsules, yang dikeluarkan oleh Yiling Pharmaceutical, daripada Suy Sem, Menteri Perlombongan dan Tenaga Kemboja, juga presiden pasukan bantuan kerajaan pusat Kemboja ke Wilayah Pursat. Pegawai-pegawai kerajaan tempatan seperti Cheav Tay, Gabenor Wilayah Pursat turut hadir untuk membantu mengatur pengagihan ubat Cina ini, menurut Fresh News.

Suy Sem berkata Lianhua Qingwen yang diedarkan kepada orang ramai merupakan sumbangan amal. Beliau menegaskan bahawa kesemua Lianhua Qingwen yang disumbangkan akan diberi kepada penduduk tempatan bagi memastikan setiap keluarga boleh mendapat 3 kotak Lianhua Qingwen untuk digunakan tepat pada masanya sekiranya mereka mengalami simptom-simptom Covid-19 yang disyaki.

Pada bulan Julai, Lianhua Qingwen yang dikeluarkan oleh Yiling Pharmaceutical telah dipilih sebagai rawatan dalam protokol penjagaan kendiri dalam-rumah pesakit Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Kemboja. Mam Bunheng, Menteri Kesihatan Kemboja menyatakan bahawa penggunaan vaksin Covid-19 dan Lianhua Qingwen secara bersama telah memberi sumbangan besar kepada usaha pencegahan dan kawalan Covid-19 di Kemboja; setelah mengambil Lianhua Qingwen, individu yang dijangkiti pulih dengan sangat cepat manakala kes-kes ringan hingga teruk telah menurun secara mendadak.

Source: Yiling Pharmaceutical
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Corporate Social Responsibility