omniture

SI GROUP MELANTIK RUSTOM JILLA SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN BAHARU

SI Group
2022-01-05 02:00 62

Jilla membawa bersama pengalaman sebagai Ketua Pegawai Kewangan antarabangsa selama hampir 20 tahun yang merangkumi perubahan transformasi 

SCHENECTADY, New York, 4 Januari 2022 /PRNewswire/ -- SI Group, sebuah syarikat bahan tambahan berprestasi yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelantikan Rustom Jilla sebagai Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Kewangan berkuat kuasa serta-merta. Jilla menggantikan Patrick Weinberg yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan di SI Group.

Jilla menyertai SI Group dengan pengalaman selama hampir 20 tahun sebagai Ketua Pegawai Kewangan perniagaan edaran dan pembuatan global yang disokong oleh ekuiti awam dan swasta. Terkini, Jilla berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk International Flavors and Fragrances, Inc. atau IFF dengan memimpin pasukan Kewangan, Kemudahan & Hartanah serta Penyepaduan globalnya melalui penggabungan global yang kompleks dengan bahagian Pemakanan & Biosains DuPont. Sebelum menggalas tugas ini, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan di pelbagai organisasi global termasuk MSC Industrial Direct, Dematic Group dan Ansell Limited, memimpin pasukan Kewangan global yang terkemuka dan membantu membangun serta melaksanakan strategi syarikat melalui pengambilalihan dan peningkatan perniagaan. Jilla akan menggalas tanggungjawab untuk menyelia operasi kewangan SI Group di seluruh dunia termasuk kewangan, perakaunan, perbendaharaan, perancangan kewangan dan analisis serta percukaian.

"Rustom ialah seorang eksekutif yang mahir dengan pengalaman antarabangsa dan kepakaran kewangan yang luas serta memiliki kualiti kepemimpinan yang luar biasa," kata David Bradley, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Saya yakin Rustom akan memimpin keupayaan kewangan global kami dengan memacu peluang penciptaan nilai yang lestari dalam jangka panjang untuk para pemegang saham kami."

"Saya teruja dapat menyertai pasukan kepemimpinan SI Group lebih-lebih lagi ketika syarikat ini sedang mengalami perkembangan yang pesat," ulas Jilla. "SI Group bersedia untuk berkembang maju dalam sektor bahan tambahan berprestasi dan saya berharap dapat membantu merealisasikan komitmen operasi dan kewangan syarikat ini sejajar dengan strategi kami."

Jilla memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Sri Jayewardenepura di Sri Lanka dan MBA dalam bidang Kewangan serta Dasar Korporat & Pengurusan daripada Wharton School, University of Pennsylvania.

Tentang SI Group
SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambahan berprestasi, proses larutan, bahan farmaseutikal aktif dan bahan perantara kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pelbagai barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan bakar & pelincir, lapangan minyak dan industri farmaseutikal. Tapak pembuatan global SI Group merangkumi 21 buah kemudahan di empat benua yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di 90 buah negara dengan kira-kira 2,300 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2021, SI Group menerima anugerah emas untuk tanggungjawab sosial korporat oleh EcoVadis dan berada di kedudukan lima peratus teratas daripada lebih 50,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Hubungan Media:
Joseph Grande
tel: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600  

Source: SI Group
Keywords: Chemical Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements