omniture

Azentio Software umum Aliza Knox sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu

Azentio Software Pvt Ltd
2022-01-24 12:26 15

SINGAPURA, 24 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah syarikat teknologi maklumat global, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Aliza Knox sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam barisan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Azentio Software announces Aliza Knox as new Board Member
Azentio Software announces Aliza Knox as new Board Member

Aliza membawa pengetahuan dan kepakaran yang kaya selama lebih tiga dekad dalam pengalaman pemasaran dan pengurusan antarabangsa yang luas, ke dalam Azentio. Beliau amat dikenali kerana membangunkan dan mengendali perniagaan yang berjaya dalam sektor yang kompleks dan baru muncul yang merangkumi perkhidmatan kewangan, perundingan, mudah alih, perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) serta meliputi pasaran di seluruh Asia, Amerika Latin dan Eropah.

Aliza telah menyandang beberapa jawatan kepemimpinan dalam pembangunan perhubungan, jualan dan operasi serta kerjasama strategik. Yang paling terbaharu, Aliza merupakan Ketua APAC bagi Cloudflare dan sebelum itu, merupakan Ketua Pegawai Operasi di Unlockd. Dalam jawatan terdahulu, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua APAC untuk Twitter dan telah menyertai perusahaan digital tersebut setelah Google, di mana beliau merupakan Pengarah Urusan Operasi & Jualan Dalam Talian di APAC. Aliza mempunyai pengalaman perkhidmatan kewangan yang luas di syarikat-syarikat terkemuka seperti Visa International dan Charles Schwab Corporation. Beliau merupakan Naib Presiden dan Pengarah - Perkhidmatan Kewangan Asia di Boston Consulting Group.

Aliza telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat tersenarai di Australia, Singapura, Jerman dan UK. Beliau merupakan penasihat kepada Jawatankuasa Teknologi Ahli Lembaga Pengarah Bank ANZ. Sebagai penasihat dan Pengarah Bukan Eksekutif Ahli Lembaga Pengarah, beliau berdedikasi untuk memperkasakan generasi pemimpin akan datang dalam membina perniagaan global yang berjaya. Sebagai suatu cara untuk melaksanakan pemerkasaan ini, beliau telah menulis buku yang bakal diterbitkan, bertajuk 'Don't Quit Your Day Job' (Wiley; April 2022). 

Mengulas tentang pelantikan Aliza, Tony Kinnear, Ketua Pegawai Eksekutif Azentio Software berkata, "Kami mengalu-alukan penyertaan Aliza ke dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah kami. Pengalaman operasi beliau yang luas sebagai eksekutif kanan di firma-firma terkemuka global serta pengetahuan dan pemahaman beliau dalam perniagaan teknologi yang dipacu pelanggan akan menambahkan lagi kecekapan Ahli Lembaga Pengarah ketika kami terus melaksanakan rancangan pertumbuhan besar-besaran kami dan mendorong nilai untuk para pelanggan kami."

"Saya berbesar hati dapat menyertai Azentio pada saat yang mencabar dan menarik ini," ujar Aliza Knox. "Sebagai seorang yang berminat dalam bidang teknologi, saya yakin dan teruja dengan hala tuju yang sedang diambil oleh Azentio. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Ahli Lembaga Pengarah dan pasukan kepemimpinan yang berbakat ini bagi mempercepat inisiatif perniagaan teras kami dan membentuk laluan pertumbuhan yang kukuh dan mapan untuk Azentio," kata beliau.

Tentang Azentio Software Private Ltd 

Azentio Software menyediakan produk perisian khusus menegak dan teras dengan misi penting untuk pelanggan dalam perkhidmatan perbankan, kewangan dan insurans terutamanya di Timur Tengah dan Afrika, Asia Pasifik serta India. Produk utama syarikat ini merangkumi Premia Astra™ dan Beyontec Suite (Perisian Teras Insurans), Kastle™ (Penyelesaian Perbankan Universal), iMAL™ (Platform Teras Perbankan Islam), AMLOCK™ (Penyelesaian Pengurusan dan Pengesanan Jenayah Kewangan), MFund Plus™ (Penyelesaian Pengurusan Kekayaan & Aset) dan Orion™ (Penyelesaian Perancangan Sumber Perusahaan). Butiran lanjut boleh didapati di sini azentio.com/

Hubungan Media:
Danielle Karam
danielle.karam@azentio.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1731440/Aliza_Knox.jpg?p=medium600  
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements