omniture

CGTN: Menjamin keselamatan makanan diketengahkan dalam Dua Sesi China

CGTN
2022-03-08 17:51 105

BEIJING, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- China telah berjanji untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran pertanian yang komprehensif pada kedudukan yang lebih utama apabila penggubal undang-undang kebangsaan dan penasihat politik negara berhimpun di Beijing untuk memetakan keutamaan pembangunan bagi tahun 2022.

Pada hari kedua sesi Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang sedang berlangsung, Presiden Xi Jinping melawat penasihat politik negara pada hari Ahad daripada sektor pertanian, kebajikan dan keselamatan sosial serta menggesa agar tidak berlengah dalam isu keselamatan makanan.

Keselamatan makanan merupakan antara kepentingan yang paling asas di negara ini, kata beliau sambil bertanya, "Siapa yang akan memberi makan kepada China?"

'Siapa yang akan memberi makan kepada China'

Mengambil maklum bahawa dalam kesemua hal, makan adalah yang paling penting dan makanan merupakan keperluan yang paling asas untuk rakyat, kata Xi tujuh dekad yang lalu, negara ini mempunyai penduduk kurang makan seramai 400 juta, namun hari ini seramai 1.4 bilion rakyatnya dapat makan dengan baik dan mempunyai pelbagai pilihan yang hebat.

China berupaya untuk memberi makan kepada satu perlima penduduk global dengan sembilan peratus tanah suai tani dunia dan enam peratus sumber air tawar, tambah beliau.

Walaupun dengan pengindustrian China, bekalan makanan tidak harus dianggap sebagai isu yang tidak penting dan kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada pasaran antarabangsa untuk menyelesaikannya, beliau memberi amaran.

Semasa persidangan kerja luar bandar pusat tahunan yang baru melabuhkan tirai, pemimpin-pemimpin Cina mengulangi bahawa negara ini harus menjamin bekalanan makanannya sendiri sepanjang masa dan menggesa semua pihak yang berkaitan untuk memainkan peranan mereka dalam melindungi tanah ladang dan menstabilkan pengeluaran bijirin.

Sikap China dalam memastikan keselamatan makanan kekal tidak berubah selama bertahun-tahun. Di Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan yang diadakan pada tahun 2013, Xi berkata memastikan keselamatan makanan akan kekal menjadi tugas jangka panjang; justeru itu, penting untuk negara ini memberi sokongan penuh dan berpanjang untuk pertanian, khususnya pengeluaran bijirin.

'Sains dan teknologi merupakan kuncinya' 

Keselamatan sumber germplasma berkaitan dengan keselamatan negara, tegas Xi.

Dalam membangunkan industri benih negara ini, usaha diperlukan untuk meningkatkan kemandirian dalam teknologi benih dan memastikan agar sumber benih negara disokong sendiri dan berada di bawah kawalan yang lebih baik, kata beliau, menekankan kepentingan pembaharuan dalam mekanisme saintifik pertanian dan peranan utama perusahaan dalam inovasi.

Menghentikan pembaziran makanan dalam industri katering merupakan satu tugas jangka panjang dan kita harus melaksanakan usaha yang gigih dan berusaha untuk membina masyarakat yang memulihara sumber, tambah beliau.

China bermatlamat untuk mewujudkan sistem inovasi sains dan teknologi pertanian moden menjelang tahun 2025, menurut garis panduan pembangunan Chinese Academy of Agricultural Sciences (CAAS) untuk Rancangan Lima-Tahun ke-14.

Semasa perbincangan, Xi turut menyatakan bahawa usaha berterusan harus dibuat untuk menggalakkan pembangunan keselamatan sosial yang berkualiti tinggi dan jaringan keselamatan sosial yang lebih baik harus dibangunkan lagi demi menjamin kesejahteraan rakyat.

https://news.cgtn.com/news/2022-03-07/Ensuring-food-security-highlighted-in-China-s-Two-Sessions-18cS6l7P3Ow/index.html

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services Future Events