omniture

CGTN: CIIE ke-5: Pintu China akan terus dibuka selepas kongres Parti ke-20

CGTN
2022-11-08 10:18 164

BEIJING, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai pameran antarabangsa terkenal yang pertama susulan daripada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 sekali lagi akan membantu dunia memahami dengan lebih baik pembukaan standard tinggi dan pendekatan yang saling menguntungkan oleh China.

Mengemukakan laporan beliau kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20, pada hari Jumaat Presiden Cina Xi Jinping mengulangi komitmen China untuk menggalakkan pembukaan pada standard yang tinggi.

"Keterbukaan merupakan daya penggerak penting di sebalik kemajuan tamadun manusia dan laluan intrinsik menuju kemakmuran dan pembangunan global," kata Xi apabila berucap di upacara perasmian CIIE ke-5 melalui video.

Ekspo tahun ini djadualkan berlangsung pada 5-10 November di hab ekonomi China, Shanghai dan dijangkakan menyambut peserta dari 145 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.

Pembukaan institusi 

Dalam ucapan beliau, Xi berkata bahawa China akan bekerjasama dengan semua negara dan semua pihak untuk berkongsi peluang daripada pembukaan institusi. Kepentingan untuk meluaskan pembukaan institusi turut diketengahkan dalam laporan kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20 dari segi menggalakkan pembukaan China pada standard yang tinggi.

Seperti yang diikrarkan oleh presiden Cina pada hari Jumaat, China akan terus meluaskan pembukaan institusi berhubung peraturan, undang-undang, pengurusan dan standard.

Beliau menyatakan selanjutnya bahawa China akan melaksanakan strategi untuk menaik taraf kawasan-kawasan perdagangan bebas perintis, mempercepatkan pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dan memanfaatkan peranan mereka sebagai platform perintis untuk reformasi dan pembukaan yang komprehensif.

Zon perdagangan bebas (FTZ) perintis di China menikmati autonomi yang lebih besar dalam mempercepatkan inovasi institusi negara ini, yang kesemuanya melaksanakan undang-undang pelaburan asing bagi meningkatkan sistem penggalakan pelaburan asing, sistem pelaporan maklumat pelaburan asing dan sistem kawal selia dalam proses dan seterusnya serta melindungi hak dan kepentingan sah pelabur asing.

Sebagai contoh, FTZ perintis Shanghai menjadi peneraju dalam memperkenalkan pelbagai langkah inovasi kewangan dalam reformasi institusi termasuk memperluaskan penggunaan RMB rentas sempadan dan menubuhkan sistem akaun perdagangan bebas. Sistem ini telah diperkenalkan kepada FTZ perintis di Perbandaran Tianjin, Wilayah Guangdong dan wilayah-wilayah lain di China.

Dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas China melancarkan FTZ perintis pertamanya di Shanghai pada tahun 2013, bilangan zon berkenaan melonjak kepada 21 dengan sejumlah 278 inovasi institusi telah diformulasikan dan direplikasi di seluruh negara, yang menunjukkan keazaman kukuh China untuk melaksanakan pembukaan dengan lebih luas.

Peluang untuk semua 

Menurut pihak penganjur ekspo, perusahaan-perusahaan daripada semua negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan bebas yang terbesar di dunia setakat ini, akan terlibat dalam pameran perniagaan

Nicaragua, Djibouti, Mauritania, Comoros, Mozambique, Republik Demokratik Congo, Iraq dan Iceland buat julung kalinya akan berada di pameran negara itu sepanjang ekspo selama enam hari.

Justeru itu, sejumlah 284 syarikat Fortune 500 akan menyertai pameran perusahaan, dengan hampir sembilan daripada 10 menjadi pempamer ulangan.

Empat edisi terdahulu CIIE melancarkan lebih 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu dengan jumlah pusing ganti yang dijangkakan melebihi $270 bilion.

Pembangunan CIIE sejak lima tahun yang lalu menunjukkan dengan jelas bahawa "CIIE telah menjadi wadah paradigma pembangunan baharu China, platform untuk pembukaan standard tinggi dan kebaikan awam untuk seluruh dunia," ujar Xi semasa berucap.

Beliau turut menegaskan China akan bekerjasama dengan semua negara dan pihak untuk berkongsi peluang dalam pasaran yang besar ini serta berkongsi peluang daripada kerjasama antarabangsa yang mendalam.

Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) merupakan tumpuan jelas yang menunjukkan bagaimana usaha pembukaan oleh China dan perkongsian peluang pembangunan China, buat semua.

Setakat ini, China telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama dengan 149 negara dan 32 pertubuhan antarabangsa di BRI dan perdagangan barangan kumulatif antara China dan negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan dan mencecah kira-kira $12 trilion (setakat Jun 2022).

Bagi mengakhiri ucapan beliau, Xi berkata, "China bersedia untuk bekerjasama dengan semua negara bagi mengamalkan multilateralisme sebenar, membina lebih banyak konsensus untuk keterbukaan, menangani secara bersama kesukaran dan cabaran menghadapi pertumbuhan ekonomi global dan memastikan agar komitmen kami terhadap keterbukaan akan membawa prospek yang luas untuk pembangunan global."

https://news.cgtn.com/news/2022-11-04/5th-CIIE-China-s-door-will-further-open-after-20th-Party-congress-1eGZgs8Gkes/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Trade show news Future Events