omniture

CGTN: Hubungan China-GCC ditingkatkan ke tahap baharu ketika Sidang Kemuncak China-GCC pertama diadakan di Riyadh

CGTN
2022-12-13 22:07 47

BEIJING, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama China-Teluk (GCC) menghimpunkan pemimpin-pemimpin China dan negara-negara GCC buat julung kalinya di Riyadh, Arab Saudi, persahabatan tradisi antara kedua-dua pihak telah diteruskan dan ciri strategik hubungan berkenaan diperkayakan lagi.

China dan negara-negara GCC merupakan rakan kongsi yang dijangkakan untuk menjalin kerjasama, kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari Jumaat dalam ucapan beliau di sidang kemuncak tersebut, menyeru kedua-dua pihak untuk menjadi rakan kongsi dalam mendorong perpaduan, pembangunan, keselamatan dan peradaban.

Sidang kemuncak tersebut mengambil keputusan untuk menjalin dan mengukuhkan perkongsian yang strategik antara China dan negara-negara GCC.

Memperkayakan ciri strategik hubungan China-GCC

Ditubuhkan pada tahun 1981, GCC mempunyai enam negara anggota: Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Negara-negara GCC merupakan rakan kongsi yang penting untuk China dalam kerjasamanya bersama Timur Tengah. China mengekalkan hubungan dengan GCC sejak penubuhannya.

Dalam ucapan beliau, Xi memuji pencapaian yang dilakar antara kedua-dua pihak sepanjang tahun-tahun lalu, mengatakan bahawa China dan negara-negara GCC harus meneruskan persahabatan tradisi dan menjadikan perkongsian yang strategik sebagai peluang untuk memperkayakan konotasi strategik hubungan China-GCC.

Beliau berkata kedua-dua pihak harus menjadi rakan kongsi bagi menggalakkan perpaduan, mengukuhkan kepercayaan bersama politik dan menyokong padu kepentingan utama satu sama lain.

Kedua-dua pihak harus mensinergikan strategi pembangunan, membina keselamatan secara bersama dan belajar daripada pencapaian budaya yang baik antara satu sama lain, tambah beliau.

Menggalakkan kerjasama pada masa akan datang

Presiden Cina mencadangkan lima bidang utama untuk mencapai kerjasama antara China dan negara-negara GCC dalam tiga hingga lima tahun akan datang: tenaga, kewangan dan pelaburan, inovasi dan teknologi baharu, aeroangkasa serta bahasa dan budaya.

China akan terus mengimport lebih banyak minyak mentah dan gas asli cecair dari negara-negara GCC, mewujudkan mekanisme kerja untuk pelaburan dua hala serta kerjasama ekonomi dan mempererat kerjasama mata wang digital serta membina pusat data raya dan pengkomputeran awan bersama negara-negara GCC, menurut presiden.

Menurut data daripada Pentadbiran Am Kastam China, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar GCC dan pasaran eksport terbesar untuk produk petrokimia. Perdagangan dua hala melangkaui $230 bilion pada tahun 2021, apabila import bahan api fosil Cina dari Arab Saudi, Oman dan UAE masing-masing mencecah $44.9 bilion, $25.4 bilion dan $21.3 bllion.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan yang mesra antara kedua-dua pihak dibangunkan secara konsisten. Pada 19 September, umpamanya, Ahli Majlis Negara China dan Menteri Luar Wang Yi bertemu menteri-menteri luar GCC sebagai sebuah kumpulan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk "menjalin usaha bersama bagi mencapai kata sepakat berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-GCC pada tarikh awal, agar dapat menyampaikan isyarat positif dan membantu satu sama lain mencapai pembangunan yang lebih baik."

Pemimpin-pemimpin dari negara-negara GCC yang lain memberi pujian tinggi terhadap hubungan GCC-China dan sidang kemuncak tersebut, mengatakan bahawa sidang kemuncak pertama itu merupakan satu perhimpunan besar-besaran dalam sejarah hubungan GCC-China dan merupakan satu pencapaian penting.

Negara-negara GCC menyokong padu prinsip satu-China dan bersedia untuk bekerjasama dengan China bagi melaksanakan hasil daripada sidang kemuncak tersebut, mempererat kerjasama dua hala dalam bidang-bidang penting dan membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua rakyat.

Sidang kemuncak berkenaan turut mengeluarkan satu kenyataan bersama dan menerima pakai pelan tindakan 2023-2027 untuk dialog strategik antara China dan negara-negara GCC.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-09/Xi-Jinping-says-China-GCC-states-natural-partners-for-cooperation-1fCZREQ2L1m/index.html  

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion