omniture

CGTN: Mengapa China komited untuk membantu negara-negara yang memerlukan?

CGTN
2023-04-26 08:56 227

BEIJING, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- Enam puluh tahun berlalu sejak China menghantar kumpulan pertama pasukan perubatannya ke Algeria pada tahun 1963. Sejak itu, lebih daripada 30,000 petugas perubatan telah dihantar ke 76 negara dan wilayah, bagi menyediakan perkhidmatan perubatan kepada 290 juta orang, kata seorang jurucakap Kementerian Luar China.

"Menyediakan bantuan perubatan ke negara-negara lain merupakan bahagian yang penting dalam usaha China terhadap bantuan asing," kata Wang Wenbin di sidang akhbar berkala pada 19 April, menambah bahawa "ia juga merupakan contoh cemerlang komitmen China untuk membina sebuah komuniti kesihatan global buat semua."

Mengambil pandemik COVID-19 sebagai contoh, Wang berkata, "China telah menghantar 37 pasukan pakar ke 34 negara, menyediakan lebih daripada 2.2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih daripada 120 negara dan organisasi antarabangsa."

Enam dekad yang lalu menunjukkan bahawa bagi China, memberi bantuan perubatan telah menjadi cara rakan-rakan saling membantu antara satu sama lain, kata Wang.

Usaha bantuan asing

Bantuan perubatan merupakan salah satu bentuk bantuan China ke negara-negara lain sejak tahun 1950-an, memandangkan kepimpinan Cina ketika itu mengambil keputusan untuk menyokong usaha negara-negara sedang membangun yang lain untuk memperbaiki kehidupan rakyat mereka dan mencapai pembangunan.

Satu lagi bentuk termasuk bantuan kewangan dan makanan serta projek kerjasama di negara-negara asing, terutamanya negara-negara sedang membangun.

Dari tahun 2013 hingga 2018, China memperuntukkan 270.2 bilion yuan (kira-kira $39 bilion) untuk bantuan asing, 47.3 peratus daripadanya merupakan geran, menurut kertas putih yang bertajuk "Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China dalam Era Baharu" ("China's International Development Cooperation in the New Era") yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri pada 10 Januari 2021.

Kertas putih berkenaan turut menyatakan bahawa China menyediakan bantuan makanan kecemasan ke lebih daripada 50 negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin, memberi manfaat kepada berpuluh-puluh juta orang.

Seperti pepatah lama yang berbunyi - "Beri orang ikan dan anda memberi makan kepada mereka selama sehari. Ajar mereka menangkap ikan dan anda memberi makan kepada mereka sepanjang hayat," China telah berusaha sedaya upaya untuk hanya memberi bantuan kewangan dan beralih kepada projek kerjasama untuk membantu mengukuhkan keupayaan negara-negara penerima bagi membangunkan ekonomi mereka.

Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan South-South Cooperation Assistance Fund (SSCAF) menonjol sebagai contoh yang menunjukkan sejauh mana China telah bekerjasama dengan negara-negara lain, terutamanya negara-negara sedang membangun bagi bantuan teknologi dan pembinaan infrastruktur demi merealisasikan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Bagi SSCAF pula, kertas putih berkenaan menyatakan bahawa menjelang akhir tahun 2019, China bekerjasama dengan 14 organisasi antarabangsa di bawah rangka kerja untuk melancarkan 82 projek yang meliputi kawasan-kawasan termasuk pembangunan pertanian, pengurangan kemiskinan dan bantuan untuk perdagangan.

Semangat berkongsi dan menyokong

Tahun ini menyaksikan ulang tahun ke-10 BRI. "BRI telah menarik hampir $1 trilion pelaburan, menubuhkan lebih daripada 3,000 projek kerjasama dalam dekad yang lalu," kata Ahli Majlis Negara China dan Menteri Luar Qin Gang semasa sidang akhbar pada 7 Mac, menambah bahawa inisiatif berkenaan telah "mencipta 420,000 pekerjaan tempatan dan membantu membebaskan hampir 40 juta orang daripada belenggu kemiskinan."

"Keindahan sebenar pada BRI terletak pada semangat di sebaliknya, berkongsi, bahawa China memilih untuk berkongsi kejayaannya bersama negara-negara sedang membangun," kata Ahsan Iqbal Chaudhary, Menteri Pembangunan Perancangan & Inisiatif Khas Pakistan, semasa menghadiri persidangan tahunan Forum Boao untuk Asia dalam bulan Mac.

Luo Zhaohui, pengarah China International Development Cooperation Agency (CIDCA), memberitahu wartawan semasa Dua Sesi (Two Sessions) pada tahun ini bahawa bantuan daripada China adalah sama seperti membantu rakan-rakan, memetik contoh bahawa China merupakan antara kelompok pertama negara yang memberi bantuan kepada Türkiye dan Syria selepas gempa bumi yang membawa maut yang melanda pada Februari lalu.

Mengambil maklum bahawa orang Cina dan rakyat dari negara-negara lain mempunyai nasib yang dikongsi bersama, Xu Wei, jurucakap untuk CIDCA, berkata bahawa negara sedang membangun yang terbesar di dunia itu memberi bantuan kepada negara-negara sedang membangun yang lain dalam kapasitinya di bawah Kerjasama Selatan-Selatan.

Semasa sidang akhbar berkala pada 10 April, jurucakap Kementerian Luar Wang berkata bahawa China sentiasa komited untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara sedang membangun, termasuk di Afrika.

https://news.cgtn.com/news/2023-04-24/Why-is-China-committed-to-aiding-countries-in-need--1jgFML67GDu/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Corporate Social Responsibility