omniture

VenusLiv Hollyland: Kamera Terulung untuk Siaran Langsung

Hollyland Technology
2023-07-27 10:00 34

Kamera Pertama Hollyland: Fokus Sempurna, Tiada Haba Terlampau dan Prestasi Profesional

Sorotan Berita

  • Hollyland melancarkan produk kamera pertama
  • Direka bentuk untuk siaran langsung, terutamanya untuk membeli-belah secara langsung
  • Sistem penyejukan inovatif mencegah haba terlampau semasa penggunaan masa panjang
  • Fungsi RTMP dan UVC
  • Ikut fokus automatik sepenuhnya, berkelajuan tinggi 
  • Ton warna canggih untuk penerapan warna yang tepat
  • Skrin sentuh 5-inci, zum hibrid 6x
  • Sistem HollyOS milik Hollyland yang berkuasa
  • Tekan untuk penstriman berterusan

SHENZHEN, China, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Hollyland telah menembusi pasaran kamera dengan VenusLiv. Kamera ini direka bentuk khususnya untuk membeli-belah secara langsung, kursus atas talian dan podcast, dengan ciri-ciri yang memastikan ia menonjol daripada produk setara. VenusLiv menggabungkan ciri kemudahan, kualiti dan inovasi bagi mencipta pengalaman siaran langsung terulung. Bilangan penyiaran langsung semakin meningkat dengan pesat, untuk pasukan bersaiz kecil dan sederhana, membina sebuah bilik siaran langsung profesional adalah mahal dan mengambil masa sementara telefon pintar tidak dapat memenuhi keperluan untuk siaran langsung yang berkualiti tinggi. Hollyland melancarkan VenusLiv untuk menyelesaikan masalah ini.

Hollyland's VenusLiv: The Ultimate Camera for Live Streaming
Hollyland's VenusLiv: The Ultimate Camera for Live Streaming

VenusLiv amat sesuai untuk pasukan penstriman langsung dalaman yang kecil, terutamanya untuk membeli-belah secara langsung, bagi mereka yang ingin menyampaikan kandungan berkualiti tinggi tanpa susah-payah menggunakan peralatan dan operasi yang rumit. VenusLiv menyediakan pengalaman penyiaran langsung yang mudah dan juga profesional.

RTMP dan UVC Menyediakan Keserasian Luas

VenusLiv menyokong RTMP (Protokol Pemesejan Masa-Sebenar), iaitu keupayaan yang penting untuk penyiaran langsung yang membolehkan pengguna bersiaran pada pelbagai platform, termasuk YouTube, Facebook, Instagram*, Twitter dan sebagainya.

Keupayaan UVC (kelas video USB) terbina-dalam bererti tiada keperluan untuk kad penangkap atau sebarang peranti luaran yang lain. Pengguna boleh menyambungkan VenusLiv ke computer dengan mudah melalui kabel USB 3.0 dan mula bersiaran terus.

Tiada Lagi Pemanasan Terlampau Semasa Penstriman Jangka Panjang

Tidak seperti kamera video atau telefon pintar lain, VenusLiv boleh digunakan untuk tempoh yang lama tanpa pemanasan yang terlampau, hasil daripada sistem pelepasan haba gred-aeroangkasa termajunya. Ini dapat memastikan penstriman langsung yang lancar dan tanpa gangguan termasuk risiko isu-isu prestasi seperti penutupan, tersentak-sentak dan pincang tugas, mahupun kerosakan pada kamera atau bateri. VenusLiv turut menyokong pilihan dwi pengecasan DC dan NPF, bagi membolehkan penstriman langsung 24/7 tanpa gangguan.

Ikut Fokus Automatik, Berkelajuan tinggi dan Ton Warna Termaju

Keupayaan fokus auto hibrid VenusLiv menggunakan kaedah-kaedah fasa dan kontras untuk memberi tumpuan dengan cepat pada objek latar depan, memastikan imej sentiasa kekal tajam dan jelas, walaupun semasa menggunakan zum 6x (zum optik 3x, zum digital 2x) melalui apertur boleh laras. Pengguna juga boleh melaraskan fokus secara manual, menggunakan sama ada skrin sentuh balik 5" 600nit yang cerah atau gelang fokus pada kamera. Sistem HollyOS yang berkuasa dan mudah digunakan ini, berserta pelarasan fokus mudah dan pemantauan bingkai sentiasa menangkap gambar yang pengguna inginkan dengan tepat sekali.

VenusLiv memiliki ciri ton warna unik yang membolehkan pengguna menyesuaikan penampilan pelakon atau watak tanpa menukar warna barangan lain. Sebagai contoh, ini dapat mencantikkan individu itu dan dalam masa yang sama mengekalkan rupa sebenar sesuatu produk.

Suatu Kejayaan Besar dalam Teknologi Penstriman Langsung

VenusLiv ialah satu kejayaan besar yang mencerminkan ketukangan dan inovasi pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Hollyland serta tumpuan untuk melaksanakan satu tugas dengan lebih baik berbanding sebarang produk pesaing. VenusLiv direka bentuk untuk penstriman langsung dan menyelesaikan semua titik masalah penstriman langsung dengan sempurna.

Hollyland juga sedang berusaha untuk membina pangkalan penstriman langsung di beberapa negara dalam rantau Asia Pasifik bagi menyediakan pengalaman penstriman langsung yang lebih baik.

Hollyland sudahpun terkenal dengan aksesori tanpa wayar termasuk penghantaran tanpa wayar, interkom tanpa wayar dan mikrofon tanpa wayar. VenusLiv merupakan langkah penting yang membantu Hollyland mengembangkan ekosistem rakaman videonya. Kini, rantaian projek Hollyland ditingkatkan dan ia akan menjadi lebih lengkap pada masa akan datang. Matlamat Hollyland adalah untuk menyediakan pengalaman rakaman yang paling mudah dan sempurna buat semua pencipta kandungan. Tiada rasa panas, tidak perlu bersusah-payah, tiada kompromi: VenusLiv menyampaikan penstriman langsung yang berkualiti tinggi dengan mudah.

Harga dan Ketersediaan
VenusLiv:RM4855

Saluran Jualan: https://www.hollyland.com/product/venusliv

*Semasa bersiaran langsung di Instagram dan Twitch, perisian pihak ketiga diperlukan untuk mendapatkan pautan dan kunci penyulitan.

LATAR BELAKANG HOLLYLAND TECHNOLOGY

Shenzhen Hollyland Technology Co., Ltd. (Hollyland) telah memperkasa pelanggan global dengan penyelesaian profesional untuk penghantaran data, audio dan video tanpa wayar serta interkom tanpa wayar – sejak tahun 2013.

Hollyland menawarkan perkhidmatan kepada banyak pasaran, termasuk pembikinan filem, penggambaran televisyen, penghasilan video, penyiaran, acara secara langsung, pameran, media penyiaran, penerbitan, teater, rumah ibadat dan rumah sewa. Kunjungi https://www.hollyland.com/Hollyland FacebookHollyland Instagram.

Source: Hollyland Technology
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Semiconductors Telecommunications New products/services