omniture

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) DI PERSADA ANTARABANGSA DENGAN PENCAPAIAN KEDUDUKAN YANG CEMERLANG

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
2023-07-27 10:02 144

SERI ISKANDAR, Malaysia, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah melonjak ke tahap yang baharu dalam kedudukan Quacquarelli Symonds (QS) dan Times Higher Education (THE), memantapkan kedudukannya sebagai universiti terunggul di Malaysia dan universiti swasta terulung di ASEAN. Prestasi cemerlang UTP di persada global merupakan bukti komitmennya kepada kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Universiti Teknologi PETRONAS mempunyai panel solar atas bumbung tunggal terbesar di Malaysia
Universiti Teknologi PETRONAS mempunyai panel solar atas bumbung tunggal terbesar di Malaysia

Khususnya, UTP telah mencipta kejayaan yang bersejarah dengan mencapai kedudukan sebagai universiti nombor satu Malaysia dan muncul sebagai universiti swasta terunggul di ASEAN dalam THE Asia University Rankings 2023. Dengan lonjakan 32  anak tangga , universiti ini telah  mara daripada tempat ke-95 tahun lalu kepada kedudukan ke-63 dalam senarai kedudukan tahun ini. Kemajuan yang luar biasa ini  menandakan dedikasi UTP  ke arah pendidikan yang bertaraf dunia.

Universiti ini sekali lagi melakar kejayaannya di persada global dengan kedudukan yang mengagumkan dalam QS World University Rankings 2024. UTP mencatatkan lonjakan yang luar biasa, kini berada di tempat ke-307,  mendaki  54 anak tangga daripada kedudukan ke-361 sebelum ini. Pencapaian yang penting ini memantapkan kedudukan UTP sebagai sebuah institusi terkemuka dalam landskap pengajian tinggi global, menempatkannya dalam kalangan 21% teratas di peringkat global.

Prestasi cemerlang UTP dalam kedudukan tersebut dikaitkan dengan domain-domain  dengan skor tertinggi: Petikan, Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan. Domain-domain ini  membuktikan dedikasi universiti kepada penyelidikan yang memberi impak, pengiktirafan dalam komuniti akademik dan dalam melahirkan  graduan yang  dicari-cari untuk pelbagai industri di seluruh dunia.

Selain itu, UTP sebagai sebuah institusi berusia 26 tahun, juga berjaya meraih pencapaian yang luar biasa dalam THE Young University Rankings 2023. Buat tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2021, UTP telah memantapkan kedudukannya sebagai universiti nombor satu Malaysia,  menunjukkan kemajuan yang luar biasa dalam pengiktirafan global dengan mendaki   40 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-79. UTP cemerlang dalam domain Penyelidikan dan Pandangan Antarabangsa, menerima skor tertinggi di negara ini.

Senarai kedudukan tersebut menilai universiti-universiti seluruh dunia yang berusia 50 tahun ke bawah. Peningkatan luar biasa UTP daripada kedudukannya yang terdahulu di tangga ke-119 menunjukkan komitmen universiti ini yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan memupuk persekitaran  serta pengalaman pembelajaran yang dinamik  untuk  pelajarnya.

Menurut Naib Canselor UTP Profesor Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, "Kami amat berbangga dengan peningkatan ketara UTP dalam senarai kedudukan tersebut. Kami amat berterima kasih kepada PETRONAS dan rakan-rakan kongsi kami atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi yang memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan yang luar biasa ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada fakulti, kakitangan dan pelajar yang mana kerja keras  serta dedikasi mereka turut menjadi penyumbang  kepada kejayaan UTP."

"UTP tetap berpegang teguh kepada komitmennya terhadap kecemerlangan akademik serta penyelidikan yang memberi impak dan inovasi. Universiti ini juga memberi tumpuan untuk mencipta pengalaman pelajar luar biasa  demi untuk melengkapkan para siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan untuk lebih berkembang maju dalam dunia yang berkembang pesat."

"Selain itu, UTP diselaraskan sepenuhnya dengan inisiatif peralihan tenaga PETRONAS sebagai sebahagian daripada aspirasi universiti ini menuju keunggulan global yang  mampan. Dengan visi bersama untuk mencapai Emisi Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang tahun 2050, UTP menyumbang dengan aktif  melalui program penyelidikan dan akademiknya. Universiti ini juga bermatlamat untuk membangunkan penyelesaian yang mampan serta memupuk generasi baharu pemimpin yang prihatin terhadap alam sekitar," tambah beliau.

Kedudukan UTP yang sentiasa konsisten  dalam kedua-dua kedudukan QS dan THE telah mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dan ASEAN. Pencapaian yang luar biasa ini menjadi bukti dedikasi UTP terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan yang memberi impak dan komitmen untuk membentuk masa depan pengajian tinggi.

Latar Belakang Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Ditubuhkan pada tahun 1997, UTP ialah sebuah universiti swasta yang terkemuka di Malaysia, menawarkan program kejuruteraan, sains dan teknologi yang relevan dalam industri di peringkat sarjana muda  serta pascasiswazah. Ia bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang serba lengkap dengan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang mantap.

Dengan lebih 22,000 siswazah dari lebih 60 negara, UTP merupakan penyedia bakat yang utama di rantau ini. Universiti ini memiliki lebih 800 pelajar asasi, 4,000 pelajar sarjana muda dan 1,000 pelajar pascasiswazah dari lebih 50 negara.

UTP terlibat dalam kolaborasi penyelidikan yang meluas dengan PETRONAS dan institusi-institusi lain, memfokuskan pada bidang-bidang seperti pembangunan lestari kendiri, infrastruktur pengangkutan, analitis kesihatan, pemulihan hidrokarbon, pengurusan bahan  cemar dan sistem autonomi. Kunjungi www.utp.edu.my untuk maklumat lanjut.

Source: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Keywords: Education Higher Education Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research