omniture

Vakrangee Limited Tersenarai dalam Buku Tahunan Kelestarian Global S&P 2021

Vakrangee Limited
2021-02-09 18:20 2359

- prestasi kelestarian Vakrangee berada dalam lingkungan 15% terbaik dalam industri dan merupakan antara syarikat lestari berprestasi tertinggi di dunia 

MUMBAI, India, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Vakrangee Limited berkongsi kegembiraannya kerana diberi penghormatan tersenarai dalam Buku Tahunan Kelestarian Global S&P 2021 (S&P Global Sustainability Yearbook 2021) pada tahun ini buat julung-julung kalinya. Vakrangee telah memperoleh kedudukan dalam buku tahunan tersebut dan mencapai skor (S&P Global Scores) 15% syarikat terbaik dalam industri.  

Buku Tahunan Kelestarian 2021 ialah salah satu penerbitan paling komprehensif di dunia yang menyediakan analisis mendalam tentang tanggungjawab korporat. S&P Global yang mengambil alih perniagaan ESG Ratings daripada RobescoSAM pada tahun 2021, telah menilai lebih 7,000 buah syarikat yang merangkumi 61 industri pada tahun ini. Hanya 630 syarikat peneraju kelestarian telah dipilih untuk dimasukkan dalam Buku Tahunan pada tahun ini berdasarkan skor ESG S&P Global yang dikira daripada CSA.

Mengulas perkara ini, Encik Dinesh Nandwana, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vakrangee Ltd. berkata,, "Kami amat berbangga disenaraikan dalam Buku Tahunan Kelestarian SAM dan diiktiraf atas dedikasi kami untuk beroperasi secara beretika dan penekanan kami terhadap kelestarian di semua peringkat dalam model perniagaan kami. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami terhadap kelestarian."

Mengulas perkara ini, Encik Manjit Jus, Ketua Penyelidikan ESG, S&P Global berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada Vakrangee Limited atas kejayaan memperoleh kedudukan dalam Buku Tahunan Kelestarian 2021. Dengan lebih 7,000 syarikat telah dinilai, tersenarai dalam buku tahunan ini merupakan pernyataan sebenar terhadap kecemerlangan kelestarian korporat."

Pengiktirafan Global ini mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan standard tadbir urus korporat dan ketelusan kami. Vakrangee telah menerima pengiktirafan global di pelbagai platform atas prestasi ESG yang unggul :

Penarafan Sustainalytics ESG Risk - Menduduki tempat No.1 di peringkat global, daripada 668 buah syarikat yang dinilai dalam industri Perkhidmatan Perisian.

RobecoSAM – Skor ESG S&P Global - Menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan industri global dan ke-9 dalam kedudukan industri Tadbir Urus Korporat global.

Skor CDP untuk Alam Sekitar - Menunjukkan ketelusan Persekitaran yang mantap dengan memperoleh Skor "B" daripada CDP berbanding skor Purata Asia iaitu "D".

Indeks Kesamaan Jantina Bloomberg - Tersenarai dalam GEI 2021 Bloomberg. GEI Bloomberg terdiri daripada 380 buah syarikat di seluruh dunia.

Tentang Vakrangee Limited  (Kod BSE: 511431) (Kod NSE: VAKRANGEE)

Vakrangee ialah sebuah syarikat yang dipacu teknologi yang fokus untuk membina rangkaian terbesar bagi outlet jualan runcit peringkat akhir di India dan memberi perkhidmatan perbankan & kewangan masa nyata, ATM, insurans, e-kerajaan, e-dagang dan perkhidmatan logistik kepada pasaran luar bandar, semi bandar dan bandar yang belum terpenuhi.(www.vakrangee.in)

Hubungan Media: 
Ammeet Sabarwal
Ketua Pegawai Komunikasi & Strategi Korporat
ammeets@vakrangee.in  
91-22-67765100

 

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 Bombay:VAKRANGEE.BO India:EQVAKRANGEE India:VAKRANGEE India:VAKRANGEE.NS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Insurance Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Survey, Polls & Research Financial Technology