omniture

CGTN: Puisi dan restu Tahun Baharu dirancakkan terlebih dahulu untuk produk bersepadu berbilang bahasa CGTN

CGTN
2023-01-03 21:26 47

BEIJING, 3 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2022, Kempen "Read a Poem" ("Baca Puisi") CGTN melancarkan beberapa acara khas untuk Festival Qixi dalam bulan Ogos, Festival Pertengahan Musim Luruh dan Hari Keamanan Antarabangsa dalam bulan September dan tahun baharu yang akan datang.

Tiga belas duta dan wakil dari Guinea-Bissau, Sri Lanka, Guyana, Mexico, Uruguay, Algeria, Jordan, Ecuador, Malawi, Guinea, Mesir, United Nations Women, Pusat Budaya Rusia di Beijing dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerima jemputan daripada CGTN untuk mendeklamasikan puisi dan menyampaikan restu untuk tahun baharu yang akan datang.

Smriti Aryal, wakil UN Women di China, mendeklamasikan "What I will," ("Apa Ku akan") ditulis oleh Suheir Hammad, untuk berkongsi pendirian, kekuatan, keberanian dan ketahanan beliau. "Aku tidak akan lupa asal-usul diriku. Aku akan berbuat menurut kemahuanku. Mendekatlah cinta hatiku dan dikir kita akan berdansa, dengungan kita akan bergendang," bacanya.

António Serifo Embaló, duta Guinea-Bissau ke China, mendeklamasikan "Sea, sea and sea" ("Laut, laut dan laut") ditulis oleh Eugénio de Andrade. "Kadang kala lautan ialah figura putih yang berkilauan di antara batu. Lautan menjadi kecil dan milikku sekali lagi menjadi anemon yang sempurna, terbuka dalam jari jemariku."

Hassane Rabehi, duta Algeria ke China mendeklamasikan "My motherland, I love you beyond imagination," ("Tanah airku, aku mencintaimu lebih daripada apa yang dapat dibayangkan") dan menekankan jalinan persahabatan yang erat antara China dan Algeria. "Persahabatan antara Algeria dan China akan berkekalan selama-lamanya demi kepentingan bersama semua umat manusia, persahabatan semua negara di dunia ini akan kekal buat selama-lamanya," kata beliau.

Kempen dalam talian "Read a poem" global ialah komponen utama dalam musim kedua produk bersepadu berbilang bahasa CGTN "Poetry Sans Frontiers," yang disiarkan secara dalam talian pada 1 Januari 2023.

"Poetry Sans Frontiers" ialah program pertukaran rentas budaya yang dilancarkan oleh CGTN yang menerobos sempadan bahasa melalui penceritaan dan deklamasi puisi oleh negara-negara dan watak-watak berbeza, menggunakan puisi bagi menceritakan kisah cinta yang indah, persahabatan yang sejati, keberanian tanpa rasa takut, cinta terhadap kehidupan, sanjungan kepada alam semula jadi dan kerinduan terhadap kedamaian.

Dalam musim kedua "Poetry Sans Frontiers," tujuh episod akan ditayangkan kepada penonton global, iaitu persahabatan, keamanan, kehidupan, minda pemula, cinta dan keberanian, kepulangan dan impian.

Produk tersebut akan diedarkan secara global pada semua platform CGTN, platform media baharu CMG dan platform antarabangsa sebagai aktiviti pengumpulan puisi global dan dokumentari berkaitan puisi, antara konsep-konsep lain bagi menggalakkan pertukaran sesama rakyat antara negara-negara.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-29/Poems-and-New-Year-blessings-preheat-for-CGTN-s-cultural-product-1g9VGSDd5zG/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services